PEMPENGARUH media sosial berasal dari Indonesia, Mimi Peri akui teruja menjejakkan kaki ke Malaysia buat pertama kali.
Kata Mimi atau nama sebenarnya Ahmad Jaelani, 35, seumur hidupnya, belum pernah dia ke luar negara sehinggalah ditaja oleh Datuk Fizz Fairuz sebagai pelakon yang membintangi filem Mat Tudung Begins.
“Sejujurnya saya tidak pernah ke luar negara atau ke mana-mana selain kampung saya.
“Jadi apabila dibawa ke Malaysia saya teruja sekali. Sebelum ini saya hanya melihat KLCC di televisyen. Kali ini alhamdulillah saya sudah datang melihat sendiri menara itu dan bergambar.
"Saya berterima kasih kepada Fizz kerana menawarkan untuk berlakon dalam Mat Tudung Begins, sekali gus memberi peluang buat saya berkunjung ke Malaysia," katanya kepada Astro Gempak.
Mimi yang popular dengan video memanggil orang bangun sahur itu ditemui ketika majlis tayangan perdana Filem Mat Tudung Begins di TGV Cinema, One Utama, Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.
Bercerita lanjut mengenai kunjungannya di KLCC baru-baru ini, Mimi memberitahu ramai yang mengenalinya serta datang mahu bergambar.
"Saya senang sekali apabila ramai peminat di sini mahu mengambil gambar bersama saya.
“Terkejut juga kerana ramai yang mengenali saya ke mana sahaja saya pergi. Ini pertama kali saya ke luar negara, jadi tak sangka dengan penerimaan orang terhadap saya,” ujarnya.
Selain Mimi Peri, Mat Tudung Begins turut dibintangi Fizz Fairuz, Achey, Isyariana, Maryam Durian Kimchi, Kazar Saisi dan Fazlina Datuk Ahmad Daud.
Filem tersebut akan mula ditayangkan di pawagam bermula 3 Ogos ini. -Gempak
Gempak
Mon Jul 31 2023
Mimi memberitahu ramai yang mengenalinya serta datang mahu bergambar. -Gempak
Malaysia satu-satunya negara ASEAN catat aliran masuk asing bersih lebih RM1 bilion pada Mei
Malaysia merekodkan aliran masuk ekuiti asing bersih melebihi RM1 bilion pada Mei 2024, menjadikannya satu-satunya negara ASEAN pada bulan itu yang mencapai kejayaan ini.
Syarikat korporat catat prestasi positif pada suku pertama
Sektor pembinaan, tenaga, perkhidmatan kewangan, perindustrian, telekomunikasi dan media serta pengangkutan dan logistik muncul sebagai sektor yang mencatatkan jumlah pendapatan lebih baik pada suku pertama 2024 berbanding suku sebelumnya dan suku sama tahun lalu.
Lebih 100,000 daftar perniagaan menerusi SPPP hingga April
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merekodkan 110,004 peniaga mendaftarkan perniagaan menerusi Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) sejak ia diperkenalkan pada 2020 hingga 30 April lepas.
IMHOME perkenal inisiatif bina rumah idaman gunakan emas
IMHOME Property Management Sdn Bhd (IMHOME) memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan KAB Goldynamics Sdn Bhd (KAB Gold) bertujuan membolehkan orang ramai yang memiliki pegangan emas fizikal membina rumah idaman.
Tiga faktor utama cetus kebimbangan firma Jerman di Malaysia
Tiga faktor utama dilaporkan menjadi kebimbangan utama syarikat Jerman di Malaysia. Menurut tinjauan unjuran Perniagaan Dunia AHK, tiga faktor itu adalah permintaan perlahan, kekurangan pekerja mahir dan kadar pertukaran asing yang lemah.
Eksport Malaysia meningkat pantas separuh kedua 2024
Kembalinya keyakinan dalam kalangan pengeluar Malaysia menunjukkan prestasi perdagangan luar dan aktiviti perindustrian yang meningkat pada separuh kedua 2024, menurut MIDF Research
Pantau Agenda Reformasi: Gangguan bekalan air berjadual Lembah Klang
Ikuti ulasan Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S. Piarapakaran, mengenai penstrukturan semula industri perkhidmatan air sehingga menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di Lembah Klang.
Bomba kesan kebocoran gas ammonia di kilang NSK Sg Tua
Kebocoran gas ammonia itu berlaku di bahagian stor kilang berkenaan.
Softbank bangunkan AI yang kurangkan kemarahan pemanggil talian khidmat pelanggan
Ketika melayan pemanggil, pekerja boleh mengaktifkan AI ini jika merasakan mereka tidak lagi tahan dengan tona suara yang tinggi atau menjerit.
Krisis kemanusiaan Gaza paksa rakyat minum air kumbahan
Pengarah Wilayah Mediterranean Timur WHO berkata krisisi kemanusiaan yang berlarutan di Palestin telah memaksa penduduk minum air kumbahan dan boleh memberi risiko kesihatan terus kepada kanak-kanak.
Pertama kali datang Malaysia, Mimi Peri terkejut kena serbu di KLCC
Mimi memberitahu ramai yang mengenalinya serta datang mahu bergambar.