Kesiapsagaan berserta tindakan segera akan diambil pihak Majlis Perbandaran Miri berdasarkan arahan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
Menurut Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang, ia berikutan pertambahan 13 kes individu dalam pemantauan (Person Under Investigation - PUI) baharu yang dilaporkan dalam tempoh masa 24 jam lepas.
“Jumlah ini adalah seperti dilaporkan dalam kenyataan harian pihak JPBN. Saya tidak mempunyai maklumat spesifik berkenaan individu yang terlibat atau terdapat kluster baharu yang dikenal pasti.
“Tetapi kes-kes yang dilaporkan ini masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Ujar beliau, setakat ini tiada kenyataan rasmi yang menyatakan individu terlibat diuji positif COVID-19.
Namun, jelasnya pihak Majlis Perbandaran Miri akan bekerjasama dengan JPBN serta pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menangani situasi itu.
Ini termasuk mengetatkan garis panduan sedia ada demi keselamatan orang ramai.
Beliau turut merujuk kepada keselamatan pelajar dan guru yang baru sahaja memulakan sesi persekolahan pada Rabu.
“Segala keputusan akan dikendalikan oleh pihak JPBN. Seperti sedia maklum, mereka sudah mengeluarkan keputusan untuk menangguhan sesi persekolah di tiga daerah iaitu Kuching, Padawan dan Samarahan,” tegasnya.
Dalam masa sama, beliau memberitahu Miri masih mengikuti rapat perkembangan kes-kes tersebut.
Sama ada kes PUI berkenaan diklasifikasikan sebagai kes tempatan atau import, ia masih belum dapat dipastikan.
Nickyson Nyambar
Thu Jul 16 2020

Menurut Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang, sejak minggu lepas pihaknya telah memaklumkan arahan untuk mengetatkan langkah keselamatan di bandar minyak tersebut. - Gambar fail

WHO cadang masuk ubat obesiti sebagai ubatan penting
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan ubat obesiti dimasukkan dalam senarai ubat-ubatan penting yang bakal digunakan sebagai panduan pembelian bagi negara berpendapatan rendah dan sederhana.

PBB laksana undian bawa isu iklim ke mahkamah dunia
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaksanakan proses undian bagi menentukan keputusan untuk membawa isu perubahan iklim ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi menentukan kewajipan yang seharusnya dilaksanakan oleh setiap negara dalam memerangi perubahan iklim.

Bazar Ramadan Rahmah: Ada peniaga dapat sambutan, ada juga yang berdepan kerugian
Bazar Ramadan Rahmah (BRR) di Presint 14, Putrajaya mendapat sambutan mengalakkan daripada pengunjung sejak dilancarkan beberapa hari lalu.Tinjauan Astro AWANI mendapati hampir 48 peratus daripada peniagaan di BRR Presint 14 memperkenalkan harga Menu Rahmah disamping menu dengan harga pasaran.

Bakhmut bakal 'dijual' sekiranya ditakluk Rusia - Zelenskyy
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy meluahkan kebimbangan sekiranya Rusia berjaya menakluk wilayah timurnya di Bakhmut. Kedua-dua negara itu pada ketika ini masih dalam pertempuran yang berlarutan di wilayah tersebut, dengan pasukan pertahanan kedua-dua negara tidak mahu menyerah kalah.

Azerbaijan cari 'dalang' serangan terhadap ahli politiknya
Khidmat keselamatan Azerbaijan berjanji akan menyiasat dan mencari dalang kepada kejadian tembakan yang mencederakan ahli politik negara itu.

Sektor pembuatan Rusia kekal lembap
Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, sektor pembuatan negara itu masih lembap dan menjangkakan inflasi pada kadar peratus menjelang akhir bulan.

Parti Kerajaan Perpaduan guna logo sendiri hadapi PRN
Keputusan Barisan Nasional (BN) menggunakan lambang dacing bagi menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah dalam pengetahuan Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan.

MMA tidak setuju mogok doktok kontrak
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. Muruga Raj Rajathurai menyeru kerajaan untuk mengambil tindakan cepat bagi menangani isu-isu yang dihadapi oleh doktor kontrak di negara ini. Beliau juga menasihatkan doktor kontrak untuk tidak melancarkan mogok kerana ia akan memberi kesan kepada penjagaan pesakit dan menambah beban rakan sekerja di fasiliti kesihatan awam yang sudah sesak.

Sulaiman letak jawatan, Melaka bakal dapat KM baharu
Politik Melaka bakal menyaksi pertukaran kepimpinan selepas Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Rakyat Melaka tunggu urus tadbir lebih baik
Rakyat Melaka menantikan urus tadbir baharu yang memberi tumpuan kepada keperluan, kemahuan dan kepentingan termasuk agenda merakyatkan kepimpinan terbaharu selepas ini. Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Sivamurugan Pandian menyifatkan ini bukan lagi masa sesuai untuk bercakap mengenai soal jawatan atau kedudukan tetapi bagaimana meningkatkan taraf kebajikan penduduk Melaka.

PRN Sarawak: Datuk Bandar Miri sedia bertanding di DUN Pujut
Adam Yii Siew Sang yang juga Pengerusi SUPP cawangan Pujut menyerahkan kepada kebijaksanaan pucuk kepimpinan parti demi meneruskan perjuangan membela nasib rakyat di kawasan berkenaan.

Pertambahan 13 kes PUI baharu, Miri sedia perketat langkah keselamatan
Segala arahan dan keputusan akan dikeluarkan oleh pihak JPBN Sarawak termasuk perkembangan terbaru kes PUI ini.