Pertambahan 210,000 kes baharu, angka jangkitan COVID-19 kini lebih 18.16 juta

Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 4.7 juta kes positif.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan terdapat pertambahan hampir 210,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam. -Gambar fail | Astro Awani
ANGKA jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 18.17 juta kes.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan terdapat pertambahan hampir 210,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 4.7 juta kes positif.

Ini diikuti Brazil, dengan kes positif jangkitan sebanyak 2.73 juta kes dan India, 1.8 juta kes.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan terdapat pertambahan hampir 210,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
Rusia dan Afrika Selatan melepasi angka jangkitan setengah juta dengan masing-masing merekodkan 854,000 kes dan 516,000 kes.

Enam negara -- Mexico, Peru, Chile, Iran, Columbia dan United Kingdom pula masing-masing melepasi angka 300,000 kes positif COVID-19.

Sementara Jerman, Sepanyol, Pakistan, Arab Saudi, Perancis dan Itali antara negara catat lebih 200,000 jangkitan.

Negara-negara lain masih merekodkan angka jangkitan COVID-19 di bawah 100,000 kes.