awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertimbang cuti tanpa rekod untuk kerja sukarelawan - Yayasan Salam

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
04/01/2018
06:00 MYT
Pertimbang cuti tanpa rekod untuk kerja sukarelawan - Yayasan Salam
AHMAD: Majikan boleh tetapkan cuti untuk kerja sukarelawan contohnya setahun tidak boleh ambil lebih 12 atau 14 hari umpamanya. - Gambar Yayasan Salam
Majikan disaran memberikan cuti khas tanpa rekod kepada pekerja mereka yang ingin melakukan kerja-kerja kesukarelawanan.
Pengerusi Yayasan Salam Malaysia Datuk Ahmad A. Talib berkata, ia sekali gus membuka lebih ruang kepada individu untuk melakukan kerja-kerja sukarela tanpa mengambil cuti tahunan masing-masing.
Jelasnya, ia dapat dilakukan seandainya kementerian berkenaan membuat peruntukan yang membolehkan perkara itu dilaksanakan.
"Dia (majikan) boleh tetapkan contoh setahun tidak boleh ambil lebih 12 hari misalnya atau 14 hari umpamanya.
"Ia membolehkan orang yang mahu menjadi sukarelawan itu memohon, dia perlu sebut apa jenis sukarelawan, apa buktnya dan ambil cuti untuk buat kerja sukarelawan.
"Kalau penuh syarat permohonan dapat, cuti dapat iaitu cuti tanpa rekod. Jadi cuti tahunannya untuk hal peribadi tidak terjejas," katanya semasa sidang media selepas menjadi pembicara utama Breakfast Talk Integriti: Sukarelawan: Suka, rela atau sebaliknya - dari perspektif integriti di sini hari ini.
Datuk Ahmad A.Talib mahu kerja sukarelawan dibuat dengan serius dan bukan suka-suka. Beliau turut memberitahu ia perlu dibuat dengan penuh integriti dan semangat kepimpinan. pic.twitter.com/ThOqxPkFE2
— Wan Syamsul Amly (@wansyamsulamly) January 4, 2018
Pengerusi Yayasan Sukarelawan Siswa, Datuk Zuraidah Atan berkata, pogram sukarelawan bukan hanya aktiviti sukarelawan tetapi ia turut memfokuskan misi memupuk semangat kerjasama ASEAN pic.twitter.com/GKboKzAsj3
— Wan Syamsul Amly (@wansyamsulamly) January 4, 2018
Isu majikan tidak memberi pelepasan kepada kakitangan yang membuat kerja sukarelawan akan diselidik dan kertas kerja akan dibawa ke peringkat menteri untuk dibincangkan di peringkat Kabinet. pic.twitter.com/P9rAtVyQqP
— Wan Syamsul Amly (@wansyamsulamly) January 4, 2018
Selain Ahmad, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (Integriti) Datuk Dr Anis Yusal Yusoff dan Pengerusi Yayasan Sukarelawan Siswa Datuk Zuraidah Atan turut menjadi pembincang topik berkenaan.
Ia dikendalikan Pengarah Pusat Koordinasi, Pemantauan dan Penilaian Integriti Hamilye Sham Harun.
Sementara itu Anis menjelaskan, budaya integriti boleh dipupuk menerusi kerja-kerja amal dan sukarela.
"Ia memberi maksud melakukan sesuatu dengan kehendak sendiri, tanpa dipaksa-paksa atau dikerah.
"Di sinilah integriti seseorang itu dapat dinilai iaitu dibuat dengan niat ikhlas dan tidak mengharapkan apa-apa pulangan kepada diri sendiri," katanya.
Jelasnya lagi, semangat kesukarelaan adalah asas kepada perpaduan sesebuah negara.
Topic Berkaitan
#cuti ranpa rekod
#integriti
#majikan
#sukarelawan
#Yayasan Salam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan