awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa bersubahat buat tuntutan palsu RM76,980
KDN gesa elak perhimpunan sempena lawatan PM Modi
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertimbang semula cadangan rawat kes COVID-19 di hospital swasta

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
01/02/2021
15:34 MYT
Pertimbang semula cadangan rawat kes COVID-19 di hospital swasta
Jumlah kematian akibat COVID-19 yang kurang daripada 0.4 peratus menjadi cerminan kepada kejayaan fasiliti kerajaan mengendalikan wabak itu. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR:Beberapa pakar perubatan swasta menggesa supaya kerajaan mempertimbangkan semula cadangan supaya pesakit COVID-19 menerima rawatan di fasiliti swasta.
Perunding Pediatrik dan Perubatan, Datuk Dr. Musa Nordin berkata jumlah kematian akibat COVID-19 yang kurang daripada 0.4 peratus menjadi cerminan kepada kejayaan fasiliti kerajaan mengendalikan wabak tersebut.
Ujarnya, inisiatif memindahkan pesakit bukan COVID-19 ke hospital swasta sebelum ini perlu ditingkatkan dalam usaha mengurangkan bebanan yang kini ditanggung hospital Kementerian Kesihatan (KKM).
"Hala tuju dilaksanakan Malaysia amat jelas. Ia strategi yang amat bijak daripada KKM dari hari pertama sejak Februari 2020.
"Semua pesakit COVID-19 dihantar ke Hospital Sungai Buloh, dihantar ke 52 hospital termasuk hospital universiti. Ini tindakan yang bijak.
"Ini sebabnya kita telah berjaya mengendalikan wabak ini dengan baik di mana kes kematian hanya 0.4 peratus dan risiko kematian di Malaysia adalah satu dalam 50,000 orang berbanding di Amerika Syarikat iaitu satu dalam 700.
"Kejayaan ini semua adalah disebabkan model pelaksanaan tersebut. Kenapa perlu kita perbetulkan, sedangkan ia tidak bermasalah," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi forum secara maya anjuran Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) bertajuk 'Mendepani Dilema Menguruskan Pesakit COVID-19 di Hospital Swasta' pada Isnin.
Jelas Dr Musa lagi, sekiranya KKM memindahkan pesakit bukan COVID-19 ke hospital swasta, ia bukan sahaja akan meningkatkan fasiliti hospital kerajaan, malah ia akan melindungi keselamatan pasukan perubatan dan pesakit di hospital hibrid.
Sementara itu, Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Datuk Dr Kuljit Singh berkata isu tersebut telah berkali-kali dibincangkan bersama pihak KKM.
"Hantar kepada kami pesakit bukan COVID-19, kami sedia bila-bila masa untuk menerima mereka seperti dikatakan Dr Musa. Ia bukan satu masalah kerana kami ada pakar-pakar yang tidak peduli soal kadar bayaran yang terpaksa dikurangkan.
"Pada ketika ini, mereka (KKM) telah melakukan tugas dengan baik. Mempelajari semula dan membuat sistem baharu tidak mudah. Mereka semua tahu.
"Kami (APHM) telah berkali-kali cakap kepada mereka, daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Menteri mahupun Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha KKM. Mereka semua tahu perkara ini," katanya.
Beliau memberi jaminan bahawa pihak APHM tidak akan henti meneruskan perbincangan dengan KKM berkait cadangan tersebut.
Sumber Facebook 101568508523307
Topic Berkaitan
#Malaysian Medical Association
#COVID-19
#jumlah kematian
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Hospital Sungai Buloh
#MMA
#perubatan
#hospital swasta COVID19
#hospital hibrid COVID19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan