Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa bersubahat buat tuntutan palsu RM76,980

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai tuntutan palsu atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Seorang pegawai Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan bersubahat membuat tuntutan palsu bagi program latihan berjumlah RM76,980, tiga tahun lepas.
Ringkasan AI
- Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa atas dua pertuduhan bersubahat membuat tuntutan palsu program latihan RM76,980 tiga tahun lalu.
- Dokumen palsu bernilai RM36,000 dan RM40,980 digunakan untuk memperdaya pihak institut terhadap kerja-kerja yang tidak dilaksanakan sepenuhnya.
- Timbalan Pendakwa Raya menawarkan jaminan RM15,000 dengan syarat tambahan, manakala mahkamah menetapkan jaminan RM9,000 untuk kes tertuduh.
Dokumen tersebut bertujuan memperdaya pihak institut itu kerana kerja-kerja perkhidmatan menyediakan makanan, minuman dan dobi, tidak dilaksanakan sepenuhnya oleh sebuah syarikat pengurusan latihan.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa bersubahat bersama lelaki yang sama mengemukakan dokumen butir matan palsu pembayaran bernilai RM40,980, bagi kerja perkhidmatan membekal bahan latihan berserta bahan promosi untuk program yang sama.
Kesalahan itu didakwa dilakukan masing-masing pada 14 Julai 2023 dan 22 Mei 2023 di pejabat IKBN Kuala Langat di Banting, dekat sini, mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (2) akta sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai tuntutan palsu atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.
Timbalan Pendakwa Raya Muaz Ahmad Khairuddin dan Asmaa' Zamri masing-masing menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM sebulan sekali.
Peguam Muhammad Amin Anuar yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu jaminan minimum diberikan kepada anak guamnya, memandangkan tertuduh mempunyai tanggungan tiga anak kerana suami patah kaki akibat kemalangan dan ibu bapa uzur yang tinggal serumah.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM9,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dimohon pendakwa raya dan menetapkan 22 April untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


