KUANTAN: Perubahan portfolio melibatkan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pahang akan diumumkan esok, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata perubahan itu akan dilaksanakan bagi memantapkan lagi pentadbiran kerajaan negeri dalam memberikan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat.
"Sikit saja, tak ramai (perubahan portfolio)...ada sikit perubahan untuk tambah baik, kemaskan pentadbiran kerajaan negeri supaya lebih berkesan...esok saya akan buat pengumuman," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan yang berlangsung di hadapan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz di sini hari ini.
Dalam isitiadat itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu.
Sementara itu, Amizar, 50, berkata pelantikan itu mengejutkannya kerana hanya dimaklumkan mengenai majlis tersebut pada 1 tengah hari tadi, justeru beliau menzahirkan penghargaan kepada Al-Sultan Abdullah dan berterima kasih kepada Wan Rosdy yang telah memberikan kepercayaan kepadanya.
Beliau berkata amanah itu akan dijalankan sebaik mungkin termasuk dalam isu membantu golongan asnaf dan membasmi kemiskinan yang menjadi keutamaan pelbagai pihak.
"Saya akan bersama-sama Menteri Besar untuk perkasakan dan mantapkan lagi agenda pentadbiran kerajaan negeri untuk membantu rakyat," katanya.
Amizar, 50, yang berasal dari Felda Chemomoi, Bentong memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dalam pilihan raya kecil (PRK) pada 7 Okt lepas, dengan majoriti 2,949 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli.
PRK DUN Pelangai diadakan susulan kekosongan luar jangka selepas penyandangnya Datuk Seri Johari Harun maut dalam insiden pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 13 2024
Perubahan portfolio melibatkan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pahang akan diumumkan esok, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. - Gambar fail/BERNAMA
Iraq luluskan RUU anti-LGBTQ
PARLIMEN Iraq pada Sabtu meluluskan rang undang-undang (RUU) yang menjenayahkan hubungan sejenis.
Rumah terbuka Persatuan Komuniti Bugis Sabah meriah
Keunikan pakaian suku kaum Bugis dan kepelbagaian juadah menjadi tarikan utama rumah terbuka Persatuan Kaum Bugis Sabah.
Perayaan masa terbaik pupuk persaudaraan - Hajiji
Datul Seri Hajiji Noor menyifatkan perayaan yang ada di negara ini sebagai medan terbaik memupuk tali persaudaraan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama.
Konsert jelajah terakhir Kitaro bakal tarik ramai pengunjung
Konsert jelajah Kitaro di Rainforest World Music Festival 2024 bakal jadi yang terakhir buat Kitaro yang memasuki usia 71 tahun, Februari lalu.
Abang Jo setuju cadangan syarat untuk pemohon PR di Sarawak
Dalam perkembangan lain Abang Johari bersetuju dengan cadangan untuk menetapkan syarat bagi komuniti peniaga dan pelabur yang mahu mendapatkan status Penduduk Tetap (PR) di Sarawak perlu memasukkan minimum dua juta ringgit ke dalam akaun deposit tetap negeri ataupun membeli hartanah bernilai 1.5 juta ke atas.
Kes denggi di Kedah membimbangkan, catat 1,550 kes pada ME16
Kes denggi di Kedah berada pada tahap membimbangkan apabila sejumlah 1,550 kes dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-16 tahun ini.
Kerajaan Sarawak tidak paksa penduduk pedalaman terima projek empangan Melata
Abang Johari berharap penduduk pedalaman Sarawak agar membuka minda dengan melihat kepada manfaat projek empangan melata yang penting bagi menghasilkan tenaga boleh diperbaharui di kawasan merfeka.
Sarawak akan jana tenaga hijau seratus peratus hijau
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan berbincang dengan SEB bagi membolehkan dua loji tenaga arang batu miliknya ditukar kepada loji bersumberkan biomass.
RM9 bilion KPS ganti paip lama seluruh negara
Kos diperlukan bagi menggantikan paip-paip lama seluruh negara mencecah sembilan bilion ringgit.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) berkata, kebocoran paip jadi penyumbang besar kepada Air Tidak Terhasil (NRW) iaitu 40 peratus daripada penghasilan air bersih.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) berkata, kebocoran paip jadi penyumbang besar kepada Air Tidak Terhasil (NRW) iaitu 40 peratus daripada penghasilan air bersih.
Kerajaan Sarawak tanggung kos pelajaran anak mendiang Joanna
Abang Johari memaklumkan nama dua anak mendiang Joanna akan didaftarkan di yayasan sarawak`bagi mendapat sokongan pendidikan.
Perubahan portfolio Exco Pahang diumum esok - MB
Perubahan portfolio melibatkan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pahang akan diumumkan esok, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.