Perubahan struktur pendidikan bukan beban - Alimuddin Dom

Perubahan diumumkan hari ini merupakan sebahagian daripada Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 yang bertujuan memperkukuh kualiti pendidikan negara. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pengenalan kemasukan umur enam tahun ke sekolah rendah, serta peperiksaan tahun empat bukanlah “beban baharu”, sebaliknya penambahbaikan penting dalam mereformasi sistem pendidikan Malaysia, kata bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.
Ringkasan AI
- Tan Sri Alimuddin Mohd Dom menyatakan bahawa kemasukan umur enam tahun ke sekolah rendah dan peperiksaan tahun empat merupakan penambahbaikan penting dalam mereformasi sistem pendidikan Malaysia.
- Perubahan tersebut merupakan sebahagian daripada Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 yang bertujuan memperkukuh kualiti pendidikan negara.
- Pelaksanaan peperiksaan pusat untuk murid tahun empat bermula tahun ini bertujuan membantu guru dan ibu bapa mengenal pasti kelemahan dan kelebihan anak sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah.
“Bukan sahaja umur empat tahun… sekarang ini ada yang umur tiga tahun pun dah masuk prasekolah dan mereka belajar tiga tahun. Bila masuk ke sekolah rendah dalam usia enam tahun, sebenarnya mereka telah pun mempunyai persediaan yang lengkap. Jadi saya rasa ibu bapa tidak perlu bimbang dalam hal,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian sewaktu bersiaran dalam program Pantau Agenda Reformasi Astro AWANI pada Selasa.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan perubahan kepada struktur kemasukan pendidikan awal kanak-kanak, dengan pendidikan prasekolah akan bermula pada usia lima tahun, manakala kemasukan ke tahun satu digalakkan pada usia enam tahun mulai tahun 2027.
Perubahan tersebut merupakan sebahagian daripada Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035, yang dilancarkan pada hari ini, selain pengenalan sistem penilaian murid sekolah rendah pada peringkat tahun empat sebagai sebahagian daripada langkah memperkukuh kualiti pendidikan negara.
Pengumuman tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan ibu bapa.
Pelaksanaan peperiksaan pusat untuk murid tahun empat bermula tahun ini turut menimbulkan persoalan mengenai tahap kesediaan mereka.
Mengulas mengenai penilaian darjah empat, Alimuddin berpandangan bahawa ia bukan peperiksaan berisiko tinggi seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dahulu.
“Saya rasa ada rasional... apabila anak-anak ini masuk peperiksaan nanti, apabila keputusan peperiksaan kita ketahui, kita dapat mengenal pasti anak-anak ini di mana kelemahan mereka, di mana kelebihan mereka.
“Jika dulu peperiksaan itu dibuat di tahun enam, jadi sekolah tak boleh buat apa-apa lagi (sebelum ke sekolah menengah). Katakan anak itu lemah dalam matematik. Dia akan bawa kelemahan itu masuk ke tingkatan satu sekolah menengah.
“Jadi, dua tahun ini adalah masa yang sangat baik untuk guru-guru dan juga ibu bapa untuk memperbaiki pencapaian anak-anak sebelum masuk ke sekolah menengah,” katanya lagi.
Bagi kebimbangan bahawa murid tahun empat tidak sempat bersedia, beliau menegaskan bahawa soalan akan disesuaikan dengan tahap pembelajaran mereka, dan ia bukan peperiksaan besar yang memberi tekanan.
Alimuddin merumuskan bahawa reformasi pendidikan bukan menambah beban kepada anak, tetapi membaiki kelemahan struktur pendidikan selama ini.
Menurut beliau, apabila penilaian dibuat lebih awal dan kanak-kanak sudah dipersiapkan, sistem pendidikan menjadi lebih adil dan efektif.
Jelasnya lagi, reformasi seperti itu diperlukan untuk memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam dunia pendidikan global.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Mengapa penambahbaikan kemasukan umur 6 tahun ke sekolah rendah dan peperiksaan tahun empat dilihat sebagai langkah penting dalam mereformasi sistem pendidikan Malaysia? A: Penambahbaikan tersebut merupakan langkah penting dalam mereformasi sistem pendidikan Malaysia kerana negara maju telah lama mengamalkan sistem ini, serta anak-anak kini telah mempunyai persediaan ilmu pengetahuan sejak prasekolah.
- Q: Apakah tindakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri berkaitan kemasukan pendidikan awal kanak-kanak dalam Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035? A: Perdana Menteri mengumumkan bahawa pendidikan prasekolah akan bermula pada usia 5 tahun, manakala kemasukan ke Darjah 1 ditetapkan pada usia enam tahun mulai tahun 2027.
- Q: Adakah peperiksaan pusat untuk murid tahun empat merupakan satu beban yang besar kepada mereka? A: Peperiksaan pusat untuk murid tahun empat bukan merupakan peperiksaan berisiko tinggi seperti UPSR dahulu, dan soalan akan disesuaikan dengan tahap pembelajaran mereka tanpa menekan.
- Q: Bagaimanakah penilaian murid tahun empat dianggap dapat membantu memperbaiki pencapaian anak sebelum masuk ke sekolah menengah? A: Penilaian murid tahun empat dianggap membantu memperbaiki pencapaian anak sebelum masuk ke sekolah menengah kerana ia membolehkan guru dan ibu bapa mengenal pasti kelemahan serta kelebihan anak sebelum mereka melangkah ke peringkat berikutnya.
- Q: Mengapakah reformasi pendidikan seperti kemasukan umur 6 tahun ke sekolah rendah dan peperiksaan tahun empat diperlukan? A: Reformasi pendidikan seperti kemasukan umur 6 tahun ke sekolah rendah dan peperiksaan tahun empat diperlukan untuk memastikan sistem pendidikan Malaysia menjadi lebih adil, efektif, dan tidak ketinggalan dalam dunia pendidikan global.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

