PETALING JAYA: Sebanyak 125,000 isi rumah terkesan secara tidak langsung disebabkan projek perumahan yang lewat siap, sakit dan terbengkalai di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Beliau berkata, melalui jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk meneliti isu-isu tersebut, pihak kementerian (KPKT) kini sedang giat berusaha membantu untuk menyelesaikan masalah pembeli dan pemaju perumahan dengan memberi tumpuan yang lebih berstruktur.
Pendekatan yang diambil adalah melalui 'tracking the data (pengesanan data), resolve (membuat keputusan), preventive (pencegahan) dan forward modelling selection (pemilihan model untuk dibawa ke hadapan)', bagi memastikan ia tidak akan berulang lagi pada masa depan.
"Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh saya sendiri yang mana kita mahu data-data (bermasalah) yang diterima setiap bulan akan sentiasa dinamik, bergerak dan mempunyai kemajuan. Sebagai contoh di peringkat pemaju jika isunya berkenaan kelewatan kelulusan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT), kita akan bantu untuk meleraikan atau mempercepatkan proses dan maklum balas tersebut.
"Ini supaya projek-projek berkenaan tidak akan menjadi lebih teruk, yang akan menyebabkan kerajaan terpaksa campur tangan yang mana kita seboleh-bolehnya mahu elakkan.
Ini kerana tanggungjawab projek-projek berkenaan adalah ditangan pemaju, dan kerajaan bertindak sebagai pemantau," katanya kepada media selepas menyampaikan ucaptama di Persidangan Perumahan Wilayah Institut Rehda 2023 di sini, hari ini.
Setakat 31 Jan, 2023, lebih 1,000 projek perumahan berdepan masalah iaitu merangkumi 166 projek yang lewat siap, 437 projek sakit dan 115 projek terbengkalai.
Dalam pada itu, Akmal Nasrullah berkata kerajaan buat masa ini belum mempunyai perancangan untuk melancarkan produk baharu dalam sektor hartanah yang bersifat 'Menu Rahmah' selain Rumah Belia Madani (RBM) yang ditawarkan kepada golongan belia secara transit dan sewaan yang dilancarkan bulan lepas.
Ini kerana pembangunan sesuatu inisiatif perumahan perlu mengambil masa yang agak lama untuk diteliti dan direalisasikan.
"There is no 'quick menu' (tidak ada menu segera) yang boleh kita tawarkan dan kita tidak boleh mengeluarkan sesuatu cadangan secara mengejut kerana industri ini meluas dan melibatkan ratusan pihak berkepentingan di sepanjang rantaian industri.
"Bagaimanapun, melalui Belanjawan 2023 yang dibentangkan baharu-baharu ini oleh Perdana Menteri, kerajaan bersetuju untuk membina 13 projek perumahan rakyat (PPR), yang mana satu projek akan dibina di setiap negeri dalam jangka masa tiga ke empat tahun, berbanding kelaziman tahun-tahun kebelakangan ini yang hanya membina tiga atau empat projek sahaja," jelas beliau.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) Datuk Jeffrey Ng Tiong Lip menggesa pihak berkuasa melakukan transformasi radikal dan perubahan dalam membangunkan perumahan sosial.
Sebagai contoh, ia meminta kerajaan memperkenalkan rangka kerja seragam mengenai sumbangan kewangan daripada pemaju hartanah sebagai ganti pengenaan kuota mandatori dan harga terkawal, kerana pada masa ini, ia sedang diamalkan menggunakan model yang berbeza di negeri yang berbeza.
"Sekiranya model sebegini dapat diperkemas secara seragam, ini akan membolehkan KPKT dengan bantuan Rehda menubuhkan dana berpusat (yang dibiayai oleh pemaju) untuk melancarkan dan menyampaikan projek perumahan sosial dengan skala ekonomi oleh sektor awam, yang membolehkan kos pembinaan lebih rendah jika teknologi moden dilaksanakan," kata Ng.
Beliau menambah pelaksanaan rangka kerja seragam mengenai sumbangan kewangan sebagai ganti untuk perumahan sosial, akan memberikan lebih ketelusan dan konsistensi dalam pengurusan kos, membawa kepada proses perumahan yang lebih terurus di seluruh negara.
Selain itu, Institut Rehda juga menggesa kerajaan menangani isu subsidi silang harga rumah kerana apabila kuota rumah mampu milik diberikan pada harga tetap, peratusan projek lain yang tidak berada di bawah kuota itu akan diselaraskan pada harga yang lebih tinggi.
Keadaan itu katanya adalah tidak adil untuk mengimbangi kerugian yang dialami pemaju bagi unit-unit rumah mampu milik.
"Ini adalah di antara masalah asas yang kami hadapi dan kami meminta kerajaan mengadakan sistem yang lebih progresif dan mampan untuk sektor hartanah," katanya.
Pada majlis itu, Institut Rehda turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Bank Pembangunan Malaysian Bhd (BPMB) bagi membolehkan kedua-dua pihak menjalankan kerjasama penyelidikan merangkumi hartanah dan pembangunan hartanah, dasar perumahan, perbankan dan kewangan, alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dan pembangunan bandar pintar.
"Kami akan menggunakan kemahiran dan keupayaan kami untuk mencari penyelesaian baharu yang mungkin, melihat dari sudut industri perbankan kerana kami mempunyai kaitan.
"Kami berharap boleh mengambil langkah seterusnya untuk mengemukakan cadangan, yang akhirnya mengesyorkan kepada kerajaan untuk diterima pakai jika boleh, dan melibatkan diri dengan kami jika mereka (kerajaan) ingin membuat sebarang perubahan bagi menjadikannya (sebarang cadangan) berfungsi ," tambah beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023
Menurut Akmal, KPKT kini sedang giat berusaha membantu untuk menyelesaikan masalah pembeli dan pemaju perumahan dengan memberi tumpuan yang lebih berstruktur. - Fail/BERNAMA
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Perumahan bermasalah beri kesan tidak langsung kepada 125,000 isi rumah - Akmal Nasrullah
Sebanyak 125,000 isi rumah terkesan secara tidak langsung disebabkan projek perumahan yang lewat siap, sakit dan terbengkalai di seluruh negara.