MELAKA: Peruntukan RM500,000 yang diluluskan kerajaan pusat akan mengurangkan masalah banjir di empat buah kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, peruntukan yang disalurkan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) itu akan membabitkan kerja-kerja membina dan menaik taraf sistem pengaliran di kampung berkenaan dalam masa terdekat.
Menurutnya, ia termasuk isu banjir yang sekian lama menghantui penduduk Kampung Padang Semabok yang mana kerja-kerja tersebut akan diselesaikan pada pertengahan Mac depan.
Katanya, disebabkan ketiadaan sistem pengaliran yang sistematik telah mengakibatkan lebih 80 rumah penduduk di kampung itu sering dinaiki air setiap kali hujan lebat sejak tahun 2018.
"Sebelum ini terdapat kawasan tadahan air semula jadi, namun setelah beberapa pembangunan dilakukan berdekatan kampung itu menyebabkan tadahan air tiada.
"Apabila ada projek-projek besar yang didirikan di tanah lapang dan tiada pengaliran yang baik menyebabkan banjir berlaku dan penduduk terpaksa mendapat impaknya," katanya ketika turun padang di Semabok, di sini, pada Isnin.
Mohd Noor Helmy berkata, sekiranya masalah itu dapat diatasi secara berperingkat, ia mampu menyelesaikan juga masalah banjir di kawasan Air Leleh.
Jelasnya, situasi yang sama turut melanda kawasan Semabok Luar yang menjadi punca hampir 200 rumah terjejas dinaiki air kerana masalah sistem perparitan.
Katanya, ia bukan masalah baharu yang dilalui penduduk tetapi telah lebih dua wakil rakyat bertukar, baru sekarang ia diberikan perhatian.
Ujar beliau, dianggarkan sepanjang lebih satu kilometer longkang yang perlu dinaik taraf namun kerana kekangan peruntukan pihaknya akan membaiki longkang yang kritikal.
"Memandangkan bajet tidak mencukupi kita akan melakukan kerja-kerja baik pulih di longkang kritikal dan impak melibatkan banyak rumah.
"Sebelum Ramadan kita jangka siap, mungkin ia tidak dapat selesaikan secara keseluruhan masalah banjir, tapi kita jamin risiko banjir besar dapat dikurangkan dan cuba perbaiki sedikit demi sedikit," katanya.- Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 30 2023
Situasi yang sama turut melanda kawasan Semabok Luar yang menjadi punca hampir 200 rumah terjejas dinaiki air kerana masalah sistem perparitan.- Sinar Harian
Beri ruang kepada Faisal - Adam Adli
Beri ruang kepada pemain Selangor FC, Faisal Halim agar dapat menjalani tempoh pemulihan dengan tenang.
Syed Saddiq dapat sementara pasport untuk ke Singapura, Taiwan
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mendapatkan sementara pasportnya bagi membolehkan beliau ke Singapura dan Taiwan.
[TERKINI] Atlet kayak Siti Nurul Masyitah kemalangan dipercayai dilanggar pemandu mabuk
Atlet kayak Siti Nurul Masyitah Md Elias, 22, terlibat dalam kemalangan dipercayai dilanggar pemandu mabuk di Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) menuju ke Southkey, di Johor Bahru.
[TERKINI] Undang Luak Rembau meninggal dunia
Undang Luak Rembau Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman meninggal dunia pada 9.15 pagi tadi di kediaman rasminya.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah tetapi berubah arah dengan cepat, dengan pelabur kekal aktif dalam pasaran menjelang data Indeks Harga Pengguna yang penting dari Amerika Syarikat.
[TERKINI] Dagangan sekuriti MAHB digantung, menanti pengumuman penting
MAHB dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata permohonan penggantungan itu sudah diluluskan. Penggantungan itu berlaku di tengah-tengah laporan bahawa penswastaan MAHB sedang dijalankan.
Kes lelaki Israel: Tiga warga asing dihantar pulang ke negara asal
Tiga lelaki warga asing yang dibebaskan selepas disyaki mempunyai kaitan dengan lelaki warga Israel yang memiliki enam pucuk pistol dan 200 peluru, telah dihantar ke negara asal.
Palang Merah buka hospital medan di Rafah
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) pada Selasa mengumumkan pembukaan sebuah hospital medan di Rafah, selatan Semenanjung Gaza dengan kapasiti 60 katil.
Aston Villa kembali ke UCL selepas 41 tahun
Pasukan bimbingan Unai Emery itu tidak pernah bermain dalam kejohanan kelab utama Eropah berkenaan sejak musim 1982-83.
Undang Luak Rembau meninggal dunia
Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman meninggal dunia pada 9.15 pagi Rabu di kediaman rasminya.
Angka kematian akibat bencana alam terburuk di Brazil meningkat kepada 143
Institut Meteorologi Kebangsaan meramalkan hujan lebat akan berterusan sehingga Isnin di negeri paling selatan Brazil itu.
Angka korban akibat banjir di Sumatera Barat meningkat kepada 31 orang
Banjir yang bermula sejak Sabtu malam, telah membawa lumpur ke daerah tanah datar, lalu menjejaskan lima mukim.
22 maut, 7 cedera, 2 hilang selepas banjir landa Sumatera Barat
Operasi menyelamat masih diteruskan di mukim terjejas termasuk Canduang, Sungai Pua dan Koto susulan hujan lebat pada 9 malam waktu tempatan.
Korban banjir Brazil meningkat kepada lebih 100 orang
Angka kematian akibat banjir di negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil telah meningkat kepada 107 orang, kata pihak berkuasa tempatan pada Khamis selepas tujuh lagi kematian dicatatkan.
Kuda terperangkap atas bumbung akibat banjir
Keberadaan kuda yang terperangkap sekurang-kurangnya 24 jam itu menjadi tular apabila imejnya yang berada di atas bumbung itu disebarkan.
20 ekor anjing terperangkap akibat banjir
Kira-kira 20 ekor anjing terperangkap dalam sebuah bangunan di negeri paling selatan Brazil di Rio Grande do Sul, mendorong sukarelawan penyelamat untuk menyertai menyelamatkan mereka pada Rabu.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Kesemua mangsa yang terjejas merupakan penduduk dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur.
300 penduduk Kota Tinggi ditempatkan di PPS akibat banjir
Seramai 300 penduduk daripada 69 keluarga di daerah ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir yang berlaku tengah hari tadi.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.