awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peruntukan untuk pembangkang ditarik balik, mana keadilannya? - Syed Saddiq

Astro Awani
Astro Awani
18/11/2020
07:35 MYT
Peruntukan untuk pembangkang ditarik balik, mana keadilannya? - Syed Saddiq
Tegas beliau, sekiranya perkara itu dapat dilakukan sebelum ini, mengapa tidak perkara sama dilakukan sekarang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR :Mengapa peruntukan untuk kawasan ahli Parlimen pembangkang ditarik balik sedangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini tidak pula berbuat demikian.
Persoalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.
Tegas beliau, sekiranya perkara itu dapat dilakukan sebelum ini, mengapa tidak perkara sama dilakukan sekarang.
Tambah beliau, tindakan sebegitu seolah-olah membiarkan rakyat di kawasan pembangkang terus sengsara selepas hak mereka ditarik balik.
“Sebelum ini apabila kita membentuk kerajaan, bagi Kelantan dan Terengganu ditadbir pimpinan Pas, di Kelantan, sebanyak RM400 juta diperuntukkan secara terus kepada kerajaan negeri.
“Di Terengganu, RM1.3 bilion diperuntukkan secara terus kepada kerajaan negeri walaupun sebahagian itu akhirnya diperuntukkan ke kawasan Pas bagi peruntukan ADUN tapi kita tak bantah kerana itu adalah hak mereka yang dipilih,” katanya.
Jelas beliau, sebelum ini PH juga tiada masalah untuk memberikan peruntukan khas kepada Ahli Parlimen di kawasan pembangkang ketika mereka mentadbir kerajaan.
“Sebelum ini tak salah untuk pembangkang menerima peruntukan pembangunan. Kenapa pada hari ini peruntukan RM3.8 juta yang sepatutnya diperuntukkan kepada semua ahli Parlimen pembangkang ditarik semula?
“Mana keadilannya? Apabila sebelum ini kita pertahankan bermati-matian tapi kini, hanya kerana rakyat mengundi ahli Parlimen pembangkang, mereka tak dapat bantuan khususnya dalam tempoh COVID-19 yang sukar ini,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#PAS
#Pakatan Harapan
#PH
#ADUN
#Dewan Rakyat
#Muar
#Parlimen
#Syed Saddiq
#rakyat
#pembangkang
#kerajaan
#COVID-19
#Ahli Parlimen Muar
#peruntukan
#ahli Parlimen
#perbahasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan