awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peruntukan untuk pembangunan kawasan, bukan khusus kepada Ahli Parlimen - Fadillah

Bernama
Bernama
04/07/2024
09:50 MYT
Peruntukan untuk pembangunan kawasan, bukan khusus kepada Ahli Parlimen - Fadillah
Fadillah berkata peruntukan untuk ahli Parlimen pembangkang sebenarnya adalah bagi kawasan Parlimen. - Gambar fail
SERDANG: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata peruntukan daripada kerajaan Persekutuan kepada ahli Parlimen bukan diberikan secara khusus kepada wakil rakyat itu, sebaliknya ia adalah untuk pembangunan kawasan berkenaan.
Beliau berkata peruntukan untuk ahli Parlimen pembangkang sebenarnya adalah bagi kawasan Parlimen dan tidak ada dikatakan spesifik untuk ahli Parlimen.
"Ahli Parlimen, peranannya ialah untuk koordinasikan peruntukan itu," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Banci Pertanian 2024, di sini hari ini.
Mei lepas Fadillah dilapor berkata draf MoU berkaitan penyaluran peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang sedang dimuktamadkan, antara lain akan memberi tumpuan kepada usaha membangunkan dan memulihkan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat.
Sebaik sahaja draf terbabit siap, beliau berkata ia akan diserahkan kepada majlis tertinggi semua parti politik kerajaan dan pembangkang untuk diluluskan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peruntukan ahli parlimen
#Ahli Parlimen Pembangkang
#TPM
#Fadillah Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan