awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peruntukan untuk Sabah satu keperluan - PM Anwar

Seth Akmal
Seth Akmal
22/10/2025
07:00 MYT
Peruntukan untuk Sabah satu keperluan - PM Anwar
Anwar (foto) berkata kerajaan terbuka terhadap cadangan untuk meningkatkan dana, termasuk dalam sektor pendidikan di Sabah.
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa jumlah RM17 bilion yang dibelanjakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk Sabah bukanlah suatu isu, sebaliknya keperluan demi pembangunan negeri tersebut.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan perbelanjaan RM17 bilion untuk Sabah bukan isu tetapi keperluan, termasuk cadangan menambah dana pendidikan.
  • Peruntukan tersebut bertujuan menaik taraf infrastruktur seperti lebuh raya, bekalan air dan elektrik, selaras dengan prinsip governans dan integriti.
  • Anwar membidas dakwaan kerajaan menzalimi negeri pembangkang, dengan menyatakan peruntukan untuk negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis turut ditambah atas dasar keperluan.

Beliau berkata, kerajaan terbuka terhadap cadangan untuk meningkatkan dana, termasuk dalam sektor pendidikan di Sabah.
“Kalau ada pandangan mengatakan dana pendidikan di Sabah harus ditingkatkan, saya tiada masalah…jadi soal hasil dari Sabah RM10 bilion, belanja untuk Sabah RM17 bilion, bagi saya bukan isu, itu ikut keperluan,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Amanat Integriti Perdana Menteri, di sini, pada Rabu.
Beliau turut bertegas soal peruntukan bukan kerana pertimbangan khusus namun keperluan untuk menaik taraf infrastruktur seperti lebuh raya, bekalan air dan elektrik di Negeri Di Bawah Bayu itu.
“Ini bukan kerana pertimbangan khusus untuk Sabah semata-mata, tetapi kerana keperluan kita memberi naik taraf lebuh raya yang belum siap, bekalan air yang masih belum lengkap.
“Saya tegaskan hal ini kerana bila kita bicara soal governans, tatakelola dan integriti, ia mesti dilihat secara menyeluruh. Kalau tidak, kita jadi mangsa orang politik picisan,” katanya.
Dalam ucapannya, Anwar turut membidas pihak yang mendakwa Kerajaan bertindak ‘zalim’ kepada negeri pembangkang.
“Tidak wajar untuk beberapa negeri-negeri di kuasai pembangkang di Semenanjung kata mereka dizalimi….kerana kenyataannya berbeza.
“Apa yang dilakukan dalam beberapa tahun kerajaan MADANI ini membuktikan peruntukan untuk Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis ditambah. Bukan kerana pilih untuk tambah, tetapi kerana keperluan,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#RM17 bilion untuk Sabah
#bukan isu tetapi keperluan
#naik taraf infrastruktur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan