KUALA LUMPUR: Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk meningkat 3.4 peratus pada Minggu Epidemiologi ketujuh 2023 (ME 7/2023) dari 12 hingga 18 Feb berbanding ME 6/2023, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 populasi berdasarkan kategori pada ME 7/2023 berbanding ME 6/2023 pula tiada perubahan iaitu kekal 0.4 peratus bagi kategori satu dan dua sementara pesakit kategori tiga, empat dan lima menurun 20 peratus.
"Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 7/2023 berbanding ME 6/2023 adalah katil bukan kritikal menurun satu peratus, katil Unit Rawatan Rapi (ICU) tiada perubahan iaitu kekal pada dua peratus dan peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) tiada perubahan, kekal pada 0.2 peratus," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, kes positif COVID-19 yang dipantau Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara menunjukkan penurunan dan perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 7/2023 berbanding ME 6/2023 menunjukkan bilangan kedatangan pesakit ke CAC meningkat 9.6 peratus.
"Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun 13.2 peratus dan bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke hospital menurun 39.1 peratus," katanya.
Beliau berkata, perbandingan kes baharu, kes sembuh dan kes kematian COVID-19 antara ME 6/2023 dan ME 7/2023 menunjukkan bilangan kes baharu menurun tiga peratus (1,542 kepada 1,495 kes), bilangan kes sembuh menurun 13.9 peratus (2,071 kepada 1,784 kes) dan bilangan kes kematian menurun 50 peratus (lapan kepada empat kes).
Menurut Dr Noor Hisham, dari 25 Jan 2020 (ME 4/2020) hingga 18 Feb 2023 (ME 7/2023), kumulatif kes baharu ialah 5,040,821 kes sementara kumulatif kes sembuh 4,994,944 kes.
"Purata kes aktif ialah 8,980, kumulatif kes kematian 36,955 dan kumulatif kluster 7,171. Kluster aktif ialah empat kluster," katanya.
Beliau berkata survelan Penyakit Seperti Influenza (ILI) dan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) bagi COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan di lokasi sentinel seluruh negara mendapati 25 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 3.0 peratus pada ME 7/2023 dan tiada sampel SARI dikesan positif COVID-19 pada ME 7/2023. - BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2023
Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk meningkat 3.4 peratus pada Minggu Epidemiologi ketujuh 2023 (ME 7/2023) dari 12 hingga 18 Feb berbanding ME 6/2023, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
218 projek pembinaan semula sekolah daif di Sabah selesai - Fadhlina
Sebanyak 218 daripada 338 projek pembinaan semula sekolah daif telah diselesaikan di Sabah.
Perak bakal laksana projek tanam bawang di Perak Tengah, sasar kawasan 40 hektar
Kerajaan Perak akan membangunkan projek tanaman bawang merah varieti BAW-1 di daerah Perak Tengah tahun ini.
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.