KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau pesanan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein mengenai tiga ancaman yang boleh membahayakan negara.
Menurut beliau, tiga ancaman yang digariskan oleh Allahyarham Abdul Razak (1922-1976) ketika itu ialah tiga ‘C’, iaitu communism (komunisme), communalism (perkauman) dan corruption (rasuah).
“Apakah kaitannya tiga ‘C’ ini dengan keadaan sekarang? Ancaman komunisme dalam bentuk gerakan militan sudah tentu tidak lagi wujud.
“Namun, kita harus terus berwaspada terhadap ideologi asing. Fahaman perkauman masih menebal, manakala rasuah terus menjadi satu masalah besar,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Mengenang Negarawan Tun Abdul Razak bertemakan ‘Arkitek Pembangunan Negara Bangsa’ di Memorial Tun Abdul Razak, di sini, hari ini.
BERITA LANJUT MENYUSUL