awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
PSG, Miami, Palmeiras, Botafogo layak ke pusingan 16 Piala Dunia Kelab
DUNIA
'Jangan gugurkan bom!' - Trump beri amaran agar Israel hentikan serangan
DUNIA
Operasi penerbangan disambung semula di Qatar, Bahrain dan Kuwait
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Pesara guru rugi RM200,000 angkara 'phone scam'

Bernama
Bernama
29/03/2025
08:30 MYT
Sponsor Banner
Pesara guru rugi RM200,000 angkara 'phone scam'
Suspek menyamar sebagai pegawai kesihatan dan memaklumkan mangsa mempunyai bil tunggakan rawatan berjumlah RM68,000. - Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang pesara guru kerugian RM200,000 selepas terperdaya dengan penipuan menerusi panggilan telefon pada 14 Feb lepas.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata wanita berusia 71 tahun itu pada mulanya dihubungi suspek yang menyamar sebagai pegawai kesihatan dan memaklumkan mangsa mempunyai bil tunggakan rawatan berjumlah RM68,000.
Beliau berkata selepas mangsa menafikan perkara berkenaan, akaun bank miliknya pula didakwa terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram.
"Suspek kemudian mengarahkan mangsa berhubung dengan beberapa individu kononnya pegawai polis untuk menyelesaikan masalah itu dan wanita berkenaan telah didorong melakukan tujuh transaksi ke dalam satu akaun berjumlah RM200,000 menggunakan wang simpanannya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Yahaya berkata mangsa yang kemudiannya mengesyaki diperdaya telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#phone scam
#warga emas
#Penipuan Telefon
#menyamar polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami