awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara hilang RM 28,200 ditipu sindiket Macau Scam

Faida Rahim
Faida Rahim
29/12/2022
09:36 MYT
Pesara hilang RM 28,200 ditipu sindiket Macau Scam
Orang ramai diingatkan tidak panik apabila dihubungi individu tidak dikenali yang mendakwa sebagai pegawai penguat kuasa kerana pihak berkuasa tidak akan sesekali menjalankan siasatan melalui panggilan telefon. - Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang lelaki terjerat dengan sindiket Macau Scam kehilangan RM 28,200 selepas menukar butiran akaun untuk melindungi wang simpanannya.
Memetik New Straits Times, selepas dimaklumkan pihak berkuasa mahu menyiasat atas kes pengubahan wang haram dan rasuah, pesara berusia 60 tahun itu bertindak menukar butiran atas faktor keselamatan.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf memaklumkan mangsa menerima panggilan telefon daripada individu yang menyamar sebagai pegawai polis, bulan lalu.
“Selain anggota polis, mangsa bercakap dengan 'pegawai mahkamah' dan 'pegawai' dari 'Jabatan Peguam Negara'. 'Pegawai' mendakwa mangsa terlibat dalam pengubahan wang haram dan rasuah melibatkan kira-kira RM1.5 juta.
“Mangsa yang mempercayai panggilan itu mengikut arahan pemanggil. Dia menukar butiran akaun banknya seperti yang diberitahu oleh suspek, dan kemudian menyedari hilang RM28,200 daripada akaunnya,” katanya.
Lelaki itu kemudian membuat laporan polis di Kuantan. Berikutan itu, siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda jika sabit kesalahan.
Ramli turut mengingatkan orang ramai tidak panik apabila dihubungi individu tidak dikenali yang mendakwa sebagai pegawai penguat kuasa kerana pihak berkuasa tidak akan sesekali menjalankan siasatan melalui panggilan telefon.
“Hubungi polis untuk mengesahkan maklumat yang dikongsi oleh pihak ketiga atau pemanggil yang tidak dikenali melalui telefon. Jangan berkongsi sebarang maklumat bank dengan orang yang tidak dikenali," katanya.
Topic Berkaitan
#Macau Scam
#pengubahan wang haram
#pesara ditipu
#Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan