awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harap hubungan Bersatu-Pas kekal hingga tamat penggal - MB Perlis
PBB adakan mesyuarat tergempar isu pengiktirafan Somaliland oleh Israel
Perak tambah peruntukan Perak Pawsitive Initiative kepada RM0.3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara kerajaan ditemukan lemas di Pantai Batu 4, Port Dickson

Bernama
Bernama
05/10/2021
23:10 MYT
Pesara kerajaan ditemukan lemas di Pantai Batu 4, Port Dickson
Mayat seorang pesara kerajaan yang lemas selepas mandi di laut ditemukan di tepi pantai Batu 4 1/2, dekat sini petang Isnin. -Gambar hiasan
PORT DICKSON: Mayat seorang pesara kerajaan yang lemas selepas mandi di laut ditemukan di tepi pantai Batu 4 1/2, dekat sini petang Isnin.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Redzuan Goonasagaran Abdullah, 59, merupakan seorang pesara kerajaan.
Beliau berkata mayat mangsa ditemukan seorang penginap resort berdekatan dalam keadaan terdampar di tepi pantai itu pada pukul 6.30 petang.
"Menurut keluarga mangsa, sebelum kejadian lelaki berkenaan telah keluar dari rumah pada pukul 6 petang dengan menunggang motosikal seorang diri untuk mandi di laut kerana badan mangsa berasa gatal," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
Aidi Sham berkata sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Port Dickson dan Unit Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima aduan mengenai penemuan mayat berkenaan.
Katanya, hasil pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan mangsa dipercayai telah lemas seorang diri setelah mandi di pantai tersebut.
Laporan bedah siasat Hospital Port Dickson mengesahkan punca kematian disebabkan 'Fatal Drowning'.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#Fatal Drowning
#pesara kerajaan
#Mohd Redzuan Goonasagaran Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan