awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara kerajaan dituduh pecah amanah wang wat Siam RM1.8 juta

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
25/08/2021
07:07 MYT
Pesara kerajaan dituduh pecah amanah wang wat Siam RM1.8 juta
Tertuduh yang juga bekas Timbalan Pengerusi Wat Boonyaram, Padang Sera, Kodiang di Kubang Pasu telah diamanahkan dengan penguasaan terhadap harta tertentu berjumlah RM1.77 juta. - Foto Astro AWANI
ALOR SETAR:

Seorang pesara kerajaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah terhadap wang milik sebuah wat Siam di Kubang Pasu berjumlah hampir RM1.8 juta lima tahun lalu.

Tertuduh, San Yap Din Ei Yat, 71, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan hakim, Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga bekas Timbalan Pengerusi Wat Boonyaram, Padang Sera, Kodiang di Kubang Pasu telah diamanahkan dengan penguasaan terhadap harta tertentu berjumlah RM1.77 juta.

Dia didakwa melakukan pecah amanah tersebut antara 7 Mac 2016 hingga 25 Oktober 2016.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nurul Suhaila Baharin mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih 10 tahun selain dikenakan sebatan dan denda.

Hakim menetapkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin manakala tarikh sebutan semula ditetapkan pada 26 September depan.

Topic Berkaitan
#pecah amanah
#wat Siam
#pesara kerajaan
#Alor Setar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan