KANGAR: Seorang pesara kerajaan kerugian RM373,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam sejak November lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perlis Supt Wan Aedil Wan Abdullah berkata wanita berusia 61 tahun itu membuat laporan mengenai kejadian pada semalam.
Beliau berkata mangsa diperdaya selepas menerima panggilan telefon daripada suspek yang mendakwa mewakili syarikat insurans dan menyatakan mangsa telah membuat tuntutan bayaran pampasan rawatan perubatan atas dasar kemalangan.
"Suspek kemudian menyambungkan panggilan berkenaan kepada pegawai polis yang menyatakan bahawa mangsa terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.
"Mangsa dikatakan disambungkan panggilan berkenaan kepada pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur yang menggelarkan dirinya sebagai Puan Yong," katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Aedil berkata sindiket berkenaan telah mengarahkan mangsa supaya memasukkan semua wang simpanannya ke dalam satu akaun bank selain diminta mendaftarkan nombor telefon milik suspek ke atas akaun berkenaan.
Beliau berkata mangsa turut diarahkan melakukan pemindahan wang dan menyerahkan maklumat akaun berkenaan kepada suspek sehingga menyebabkan berlakunya transaksi secara dalam talian tanpa disedari mangsa.
"Transaksi pemindahan wang berlaku sejak November 2021 hingga bulan ini dan mangsa hanya menyedari kejadian itu selepas mendapati baki di dalam akaun banknya hanya RM124.20," katanya.
Berikutan itu, Wan Aedil berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan hasil semakan mendapati terdapat dua talian telefon digunakan suspek berkaitan dengan 25 kes yang dilaporkan seluruh Malaysia.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah panik dan percaya dengan modus operandi sindiket berkenaan serta menyemak terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan menerusi perkhidmatan CCID Scam Response Center Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman di talian 03-2610 1559 atau 03-2610 1599.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 21 2022

Seorang pesara kerajaan kerugian RM373,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam sejak November lepas. - Gambar hiasan

Kebakaran di bangunan simpan baja, racun milik Peladang
Bangunan berkeluasan 40x70 kaki persegi itu terbakar kira-kira 30 peratus di tingkat bawah yang menyimpan baja dan racun.
![[LAPOR LANGSUNG] Hospital Gaza dibanjiri mayat [LAPOR LANGSUNG] Hospital Gaza dibanjiri mayat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701638608_TBPALESTINE.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Hospital Gaza dibanjiri mayat
Hospital di Gaza telah menerima berpuluh-puluh mayat ketika serangan udara Israel diteruskan pada hari keempat selepas gencatan senjata.

Keganasan peneroka Israel ke atas penduduk Palestin meningkat - Laporan PBB
Laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin mendedahkan trend membimbangkan berhubung peningkatan keganasan yang dilakukan oleh peneroka haram Israel.

Pelancong China diyakini meningkat pada 2024 menerusi pengecualian visa 30 hari
Bilangan pelancong China dan India ke Malaysia diyakini meningkat pada 2024 susulan keputusan kerajaan memberi pengecualian visa selama 30 hari untuk pelancong dari dua negara berkenaan.

Pelbagai pihak disaran tampil bantu majukan bola sepak wanita - PFAM
Semua pihak termasuk badan korporat perlu memainkan peranan bagi meningkatkan nilai komersial pada sukan bola sepak wanita sekali gus membantu memajukan bola sepak tanah air.

KPDN serbu kedai sorok minyak masak peket, hanya jual kepada warga asing
Aktiviti itu berjaya dibongkar setelah penguat kuasa KPDN melakukan serbuan di premis perniagaan tersebut pada jam 12.04 tengah hari pada Ahad.

Organisasi berita, pengawal selia harus bekerjasama perangi 'scammer'
Tokoh media terkemuka Datuk Seri Wong Chun Wai menggesa organisasi berita supaya bekerjasama dengan pengawal selia untuk memerangi kes penipuan atau 'scammer' yang semakin berleluasa.

Selisih faham, masalah kewangan antara faktor keganasan rumah tangga di Pahang
Selisih faham, masalah kewangan dan anak selain cemburu merupakan antara faktor berlakunya keganasan dalam rumah tangga di Pahang.

Melaka pertingkat prasarana, logistik sempena tiga acara besar pelancongan
Sebagai langkah awal, laluan kontra akan dilaksanakan di Melaka sebagai inisiatif penyuraian trafik bermula 15 Dis ini.

KKR terima 5,440 aduan menerusi aplikasi MYJalan
Kementerian Kerja Raya (KKR) menerima sebanyak 5,440 aduan menerusi aplikasi MYJalan sejak dilancarkan pada 24 Ogos hingga 30 Nov lepas.

Pesara kerajaan rugi lebih RM4.4 juta ditipu pelaburan mata wang kripto
Seorang pesara kerajaan berputih mata apabila mengalami kerugian lebih RM4.4 juta akibat terpedaya dengan pelaburan mata wang kripto tidak wujud.

Duit simpanan lebih RM500,000 pesara kerajaan lesap akibat 'scam'
Wang tersebut ialah hasil simpanan dan wang persaraan mangsa serta isteri yang dipindahkan sebanyak 133 kali sejak Januari lalu.

CUEPACS rakam penghargaan kepada PM atas keprihatinan terhadap pesara kerajaan
Pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara langkah tepat membantu golongan pesara yang turut terkesan dengan kos sara hidup semasa.

CUEPACS cadang kenaikan dua peratus pencen pesara kekal
CUEPACS mencadangkan kenaikan pencen pesara kerajaan sebanyak dua peratus setiap tahun dikekalkan sehingga kerajaan melaksanakan pelarasan gaji baharu penjawat awam.

Pindaan kepada undang-undang pencen kini tidak terpakai kepada pesara kerajaan - Peguam
Keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan pindaan kepada undang-undang pencen menjadikan pindaan kepada Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013 (PAA) itu tidak lagi terpakai kepada pesara kerajaan.

22,000 pesara kerajaan mangsa scammer, kerugian RM850 juta
Seramai 22,000 pesara kerajaan telah menjadi mangsa scammer setakat ini, melibatkan kerugian sebanyak RM850 juta.

Pesara kerajaan rugi hampir RM1 juta diperdaya 'pegawai LHDN', 'Datuk'
Seorang pesara awam berputih mata selepas kerugian RM845,450 akibat diperdaya sindiket phone scam yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan polis, awal bulan ini.

Penjawat awam Sabah terima RM700 bonus Aidilfitri, pesara RM350
Berita baik untuk penjawat awam dan pesara kerajaan di Negeri Di Bawah Bayu.

Pesara kerajaan rugi RM373,000 ditipu Macau Scam
Seorang pesara kerajaan kerugian RM373,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam sejak November lepas.

Kerajaan umum Bantuan Khas Aidilfitri RM500 kepada penjawat awam, RM250 buat pesara
Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 25 April 2022.