awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara rugi hampir RM100,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
11/09/2024
13:00 MYT
Pesara rugi hampir RM100,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Azli berkata lelaki warga emas berusia 85 tahun itu mula terperdaya setelah menerima pesanan iklan melalui aplikasi WhatsApp daripada nombor tidak dikenali pada 29 Okt tahun lepas. - Gambar fail/Bernama
KUALA TERENGGANU: Seorang pesara kerajaan kerugian RM91,060 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata lelaki warga emas berusia 85 tahun itu mula terperdaya setelah menerima pesanan iklan melalui aplikasi WhatsApp daripada nombor tidak dikenali pada 29 Okt tahun lepas.
Beliau berkata mangsa yang berasal dari sini telah ditawarkan pakej pelaburan 'Madinah Emas' yang menjanjikan keuntungan lumayan dalam masa singkat.
"Mangsa ditawarkan pakej VIP (orang kenamaan) dengan modal RM500 dan dijanjikan pulangan untung sebanyak RM15,800 dalam tempoh empat jam.
"Mangsa yang gelap mata dengan tawaran itu membuat pemindahan wang sebanyak 26 kali ke enam akaun bank berasingan seperti diarahkan suspek," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun setelah membuat transaksi, mangsa yang menunggu sekian lama berasa kecewa kerana tidak mendapat pulangan seperti dijanjikan.
Mangsa membuat laporan polis pada Isnin lepas selepas berasa tertipu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Azli sehubungan dengan itu mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terperdaya dan membuat semakan dengan pihak berkaitan sebelum membuat pelaburan yang menjanjikan pulangan besar dalam tempoh singkat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#pelaburan
#pemindahan wang
#pulangan besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan