awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara rugi RM1.2 juta akibat 'phone scam'

Bernama
Bernama
10/06/2023
06:43 MYT
Pesara rugi RM1.2 juta akibat 'phone scam'
Mohd Azman berkata lelaki berumur 66 tahun dari daerah Miri itu mendakwa telah menerima panggilan telefon dari suspek yang mengatakan mangsa terlibat dengan kes pengubahan wang haram pada 18 April lalu. - Gambar fail
KUCHING: Seorang pesara syarikat swasta mengalami kerugian RM1.2 juta akibat terpedaya dengan panggilan penipuan (phone scam) April lepas.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata lelaki berumur 66 tahun dari daerah Miri itu mendakwa telah menerima panggilan telefon dari suspek yang mengatakan mangsa terlibat dengan kes pengubahan wang haram pada 18 April lalu.
Katanya suspek kemudiannya meminta mangsa membuka dua akaun bank baharu bagi memudahkan siasatan dijalankan.
"Mangsa telah membuka akaun bank baharu di dua institusi kewangan tempatan pada 19 dan 20 April sebelum memberi maklumat ID (peribadi) dan kata laluan perbankan kepada suspek.
"Selepas itu, mangsa diarahkan untuk memindahkan wang berjumlah RM1.2 juta melalui empat transaksi dari akaun AmBank dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya ke dua akaun bank yang baharu dibuka itu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mohd Azman berkata mangsa hanya menyedari telah ditipu setelah memeriksa baki wang di kedua-dua akaun bank baharu miliknya telah dipindahkan ke akaun tidak dikenali secara berperingkat pada 19 April hingga 3 Mei lalu dan membuat laporan polis semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#phone scam
#pesara
#pengubahan wang haram
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan