Pesara rugi RM212,000 akibat penipuan perniagaan tidak wujud

Mangsa terlibat dalam transaksi melalui aplikasi WhatsApp dengan suspek yang menawarkan barangan elektrik, komputer, dan pakaian pada harga murah untuk dijual semula. -Gambar hiasan
KOTA TINGGI: Seorang pesara berusia 60 tahun kerugian RM212,000 selepas menjadi mangsa penipuan perniagaan tidak wujud secara dalam talian.
Ringkasan AI
- Seorang pesara berusia 60 tahun mengalami kerugian RM212,000 akibat penipuan perniagaan dalam talian.
- Mangsa terlibat dalam transaksi melalui aplikasi WhatsApp dengan suspek yang menawarkan barangan elektrik, komputer, dan pakaian pada harga murah untuk dijual semula.
- Polis Kota Tinggi sedang menyiasat kes penipuan ini di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
"Mangsa telah membuat beberapa transaksi wang ke dalam satu akaun milik suspek sebelum menyedari dirinya ditipu apabila nombor telefon suspek disekat dan gagal dihubungi.
"Kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru, Yusuf menasihati orang ramai supaya lebih berwaspada dan tidak mudah percaya dengan sebarang tawaran yang mengelirukan, terutamanya secara dalam talian.
Sekiranya menjadi mangsa penipuan, beliau berkata orang ramai boleh menghubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997 segera sebagai tindakan awal untuk menyekat pengaliran wang keluar daripada akaun suspek.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang menyebabkan pesara berusia 60 tahun mengalami kerugian sebanyak RM212,000? A: Beliau menjadi mangsa penipuan perniagaan dalam talian yang melibatkan transaksi melalui aplikasi WhatsApp dengan suspek yang menawarkan barangan elektrik, komputer, dan pakaian pada harga murah.
- Q: Apakah tindakan yang disarankan oleh Ketua Polis Daerah Kota Tinggi kepada orang ramai? A: Ketua Polis menasihati orang ramai untuk lebih berwaspada terhadap tawaran yang mengelirukan, terutamanya dalam talian, dan menghubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997 sekiranya menjadi mangsa penipuan sebagai langkah awal untuk menyekat pengaliran wang keluar daripada akaun suspek.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

