awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ejen Persekutuan AS tembak mati lelaki warga tempatan di Minneapolis, cetus protes baharu
JDT menang tipis ke atas PDRM, buat perhitungan dengan Melaka di suku akhir
Permintaan gas di Iran meningkat ke tahap rekod tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara rugi RM500,000 akibat sindiket pelaburan palsu

Bernama
Bernama
08/07/2025
12:15 MYT
Pesara rugi RM500,000 akibat sindiket pelaburan palsu
Seorang pesara lelaki dari daerah Padawan mengalami kerugian hampir RM500,000 selepas diperdaya sindiket penipuan pelaburan dalam talian tidak wujud. - Foto hiasan/BERNAMA
KUCHING: Seorang pesara lelaki dari daerah Padawan (kira-kira 15 kilometer ke selatan dari sini) mengalami kerugian hampir RM500,000 selepas diperdaya sindiket penipuan pelaburan dalam talian tidak wujud.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata pada Mac lepas, mangsa yang berusia lingkungan 70-an telah melayari internet sebelum menemui iklan pelaburan menawarkan kelas percuma oleh sebuah syarikat dikenali sebagai Himin International Finance Academy (HIFA).
"Tertarik dengan tawaran itu, mangsa kemudian mengisi maklumat peribadi pada pautan disediakan dan telah dihubungi seorang lelaki tidak dikenali, dipercayai suspek utama dalam kes ini.
"Mangsa kemudiannya dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp dan diarahkan memuat turun sebuah aplikasi pelaburan palsu dikenali sebagai 'PHCview' untuk memulakan pelaburan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mancha berkata mangsa yang terperdaya telah melakukan beberapa transaksi secara berperingkat ke dalam akaun bank diberikan suspek berjumlah RM500,000.
"Mangsa hanya menyedari menjadi mangsa penipuan selepas membaca laporan akhbar yang membongkar modus operandi sindiket penipuan pelaburan dalam talian baru-baru ini.
"Sehingga laporan polis dibuat, mangsa tidak menerima sebarang keuntungan yang dijanjikan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa
#rugi
#sindiket pelaburan palsu
#Polis Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan