awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
JDT perkukuh benteng, ikat pemain warisan Irazabal
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Pesara syarikat swasta rugi RM1.68 juta diperdaya pelaburan dalam talian

Bernama
Bernama
23/06/2025
10:38 MYT
Pesara syarikat swasta rugi RM1.68 juta diperdaya pelaburan dalam talian
Suspek mengajak mangsa menyertai satu pelaburan dalam talian dikenali sebagai FXCM yang menjanjikan pulangan keuntungan sebanyak 10 peratus dalam tempoh singkat.
GEORGE TOWN: Pesara sebuah syarikat swasta di negeri ini kerugian RM1.68 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian, baru-baru ini.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata kejadian bermula apabila wanita berusia 57 itu berhubung dengan seorang lelaki mendakwa berasal dari Hong Kong menerusi aplikasi WhatsApp dan mangsa telah menjadikan suspek sebagai adik angkatnya selepas tiga minggu berkenalan.
"Bermula dari situ, suspek mengajak mangsa menyertai satu pelaburan dalam talian dikenali sebagai FXCM yang menjanjikan pulangan keuntungan sebanyak 10 peratus dalam tempoh singkat.
"Mangsa yang berminat kemudian diminta memuat turun aplikasi FXCM melalui pautan diberikan lalu mendaftar sebagai ahli dan membuat pelaburan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pada 18 Mac lepas, mangsa telah membuat pelaburan awal sebanyak AS$2,000 (RM8,716) dan menerima pulangan keuntungan sebanyak RM10,023 sebelum membuat 36 lagi transaksi ke dalam 20 akaun bank milik syarikat berbeza antara 14 Mac hingga 14 Jun lepas.
Hamzah berkata wanita itu bagaimanapun menyedari ditipu apabila gagal mengeluarkan jumlah keuntungan melalui aplikasi tersebut dan diminta membuat bayaran tambahan.
Mangsa tampil membuat laporan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket penipuan
#scam
#pelaburan dalam talian
#mangsa kerugian
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami