ALOR SETAR: Kecenderungan pesawah memilih sesuatu varieti atau monovarieti antara faktor berlaku kekurangan benih padi sah di pasaran yang seterusnya berlaku kelewatan aktiviti penanaman padi pada musim 2/2021 bagi Kawasan Muda di Kedah.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata persepsi pesawah dalam kawasan itu bahawa benih padi varieti MR297 memberikan pulangan hasil tinggi berbanding varieti lain menjadikan mereka cenderung untuk mendapatkan benih padi varieti itu sahaja.
"Secara umumnya, benih padi di pasaran adalah mencukupi sekiranya tidak wujud kecenderungan monovarieti ini. Penanaman padi secara monovarieti adalah tidak digalakkan kerana akan mendedahkan kepada serangan perosak dan penyakit dalam skala besar," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Datuk Wira Amiruddin Hamzah (Pejuang-Anak Bukit) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini yang ingin tahu peranan kerajaan negeri untuk memastikan masalah rungutan ketiadaan benih padi MR297 bagi penanaman padi musim itu oleh pesawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) tidak berulang.
Sehubungan itu, Muhammad Sanusi menasihatkan pesawah supaya memilih varieti lain selain MR297 itu bagi mengelak kesan monovarieti dan kelewatan penanaman padi yang jika pesawah masih berkecenderungan seperti itu ia dikhuatiri akan menjejaskan hasil penanaman padi mereka.
Mengenai peranan kerajaan negeri menangani masalah itu, beliau berkata antara langkah diambil adalah mempertimbangkan untuk meningkatkan keluasan skim ladang benih bagi varieti MR297 serta varieti lain berdasarkan penyelarasan permintaan dan penawaran di seluruh negara.
"Selain itu, mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama pihak pengeluar yang beroperasi dalam Kawasan Muda bagi menyelaraskan perihal berkaitan seperti keperluan benih mengikut fasa, varieti tersedia, status penanaman dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata kawalan dan penguatkuasaan di semua rantaian pembekalan benih padi sah juga dilaksanakan melalui Bahagian Kawal Selia Padi Beras dan MADA memantau dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan memanipulasi harga benih padi dan sebagainya.
"Pemantauan berkala turut dilaksanakan di peringkat pengeluar dan pemborong, makmal pemprosesan dan juga lokaliti PPK (Pertubuhan Peladang Kawasan) oleh pihak MADA," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 15 2021
Secara umumnya, benih padi di pasaran adalah mencukupi sekiranya tidak wujud kecenderungan monovarieti. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kemarau jejaskan hasil padi Kelantan tahun ini - Mohamad
Kemarau yang berterusan telah menjejaskan pengeluaran hasil padi di Kelantan tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
KKDW kenal pasti tanah di Kota Belud, Sri Aman untuk tanaman padi
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang menjalankan penilaian tanah di Kota Belud, Sabah dan Sri Aman, Sarawak yang dijangka sesuai bagi projek penanaman padi.
Selepas 5 tahun, Sheila Majid bakal kembali dengan konsert mega 2023?
Selepas konsert terakhir lima tahun lalu, peminat setia pasti tidak sabar menanti untuk mengubat kerinduan terhadap figura ini.
Padi bakal kongsi pentas dengan Sheila Majid
Bila dua nama besar dari dua negara bergabung, tentu sekali ramai yang teruja!
Band popular Indonesia Padi rai ulang tahun ke-25 dalam konsert di Malaysia
Sempena ulang tahun jubli perak band popular Indonesia, Padi Reborn bakal rai ulang tahun ke-25 dalam konsert di Malaysia.
PPBMM gesa kerajaan buat kiraan, rekod stok beras secara fizikal
PPBMM mempersoalkan di manakah stok simpanan beras Negara disimpan dan bagaimanakah mekanisme pengedaran stock beras dilaksanakan.
Didakwa bernikah senyap-senyap dengan Rossa, ini penjelasan Afgan
Kalau dua-dua dah single apa salahnya... Jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang.
Tuai Padi (Reborn) antara mata dan telinga
Secara keseluruhanya konsert ini amat berjaya dan menghiburkan, rata-rata yang hadir tersenyum kepuasan.
Bagai sesuatu yang tertunda, Padi muncul selepas sepi selama 7 tahun
Deretan hit klasik seperti Mahadewi, Sesuatu Yang Tertunda, Menanti Sebuah Jawaban, Begitu Indah atau Kasih Tak Sampai pasti akan diperdengarkan.
Rossa buka hijab kurang disenangi peminat
Rossa teguh memegang pendiriannya dengan membuka hijab tidak lama selepas mengerjakan haji walaupun ianya tidak disenangi para peminatnya.