MIRI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 miliknya, bagi membantu dalam operasi memadamkan kebakaran hutan tanah gambut secara bersepadu, bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) di kawasan Sungai Adong dekat sini, bermula semalam.
Pengarah Zon Maritim Miri Kepten Maritim Mohd Shafie Paing berkata operasi pemadaman kebakaran yang diaktifkan pada pukul 3 petang itu, bermula sebaik sahaja pesawat terbabit sampai semalam.
Beliau berkata pemadaman menggunakan pesawat itu, menerapkan teknik pengeboman air dengan menyasarkan kepala api.
"Sebanyak 30,000 liter air telah digunakan bagi memadamkan kebakaran tersebut. Anggaran kawasan yang terlibat dalam kebakaran ialah 60.70 hektar, dengan 60 peratus daripadanya telah berjaya dipadamkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Operasi itu turut melibatkan pelbagai jabatan dan agensi, termasuk syarikat swasta di daerah Miri yang datang memberi bantuan dalam mengawal dan memadam kebakaran tersebut, yang bermula Sabtu lalu.
Mohd Shafie berkata operasi pemadaman akan diteruskan sehingga seluruh kawasan kebakaran berjaya dipadamkan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 28 2024
Mohd Shafie berkata operasi pemadaman kebakaran yang diaktifkan pada pukul 3 petang itu, bermula sebaik sahaja pesawat terbabit sampai semalam. - Gambar FB Maritim Malaysia
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
Pokok sagu penting untuk kelestarian alam sekitar - Abang Johari
Pokok sagu memainkan peranan penting dalam kelestarian alam sekitar dan sesuai untuk memulihkan tanah gambut yang degradasi.
Bomba Johor terima 1,047 panggilan kes kebakaran terbuka sejak 30 Januari
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor menerima 1,047 panggilan kes pembakaran terbuka akibat cuaca panas sejak 30 Jan hingga semalam.
30 hektar hutan tanah gambut di Kuantan terbakar
Setakat 10 malam operasi masih berjalan bagi memadam 10 hektar lagi kawasan yang terbakar.
Pesawat Maritim Malaysia bantu padam kebakaran di Miri
Maritim Malaysia telah mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 miliknya, bagi membantu dalam operasi memadamkan kebakaran hutan tanah gambut secara bersepadu.
Penduduk Papar digesa tidak lakukan pembakaran terbuka
Penduduk di sekitar Papar digesa tidak melakukan pembakaran terbuka khususnya membakar hutan dan sampah untuk mengelak situasi kemarau bertambah teruk.
Kadar guna nanas tinggi, MS16 hibrid baharu berkualiti untuk pasaran negara - MARDI
Ia sekali gus menjadikan industri nanas merupakan satu sektor pertanian penting yang memberikan sumbangan kepada ekonomi negara.
Jerebu: JAS Johor aktif ronda kawasan berpotensi pembakaran terbuka
Rondaan dilakukan setiap hari terutama di kawasan tanah gambut yang sukar untuk dipadam sekiranya berlaku kebakaran.
Singapura ramal El Nino terus memuncak pada separuh kedua 2023, risiko jerebu rentas sempadan
Perkhidmatan Meteorologi Singapura (MSS) meramalkan fenomena El Nino akan memuncak pada separuh kedua 2023 dengan kemungkinan 70-80 peratus berlaku.
Cuaca panas, kebakaran tanah gambut antara punca jerebu
Cuaca kering ketika ini menyebabkan insiden kebakaran berlaku melibatkan kawasan hutan dan kawasan tanah yang mempunyai pemilik.