awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat terhempas di Klang: 'Serpihan sayap jatuh depan rumah amanah perlu saya jaga'

Sinar Harian
Sinar Harian
14/02/2024
07:35 MYT
Pesawat terhempas di Klang: 'Serpihan sayap jatuh depan rumah amanah perlu saya jaga'
Serpihan pesawat terbabit melayang kira-kira 15 minit di udara sebelum 'mendarat' di kawasan rumah Roszzaini. - Gambar/ Sinar Harian
KLANG: Seorang penduduk Kampung Tok Muda, Kapar di sini tidak sangka apabila serpihan pesawat ringan jatuh di kawasan rumahnya.
Roszzaini Isrol, 60, berkata, serpihan sayap pesawat ringan model BK 160 Gabriel itu melayang dan terjatuh di laman rumahnya di Jalan Setia Jaya, dekat sini.
Katanya, serpihan pesawat tersebut melayang kira-kira 15 minit di udara sebelum 'mendarat' di kawasan rumahnya.
"Saya dengar ada ledakan letupan di udara, sebelum jiran hadapan rumah menjerit kapal terbang meletup.
"Tidak sangka serpihan bangkai itu jatuh di laman rumah. Ini amanah yang perlu saya jaga kerana ia merupakan bahan bukti," katanya pada Rabu.
Roszzaini berkata, serpihan sayap lain turut terhempas di pekarangan rumah saudara-maranya yang lain terletak kira-kira 50 meter dari kediamannya.
"Ini pertama kali kejadian pesawat terhempas di kampung ini dan mungkin saya antara yang 'bertuah' mendapat serpihan ini untuk seketika," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pesawat terhempas di klang
#persawat terhempas di kapar
#serpihan pesawat
#sayap pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan