awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat terhempas di Sungai Rambai tiada kebenaran terbang - Polis

Raffi Bachik
Raffi Bachik
15/10/2017
05:21 MYT
Pesawat terhempas di Sungai Rambai tiada kebenaran terbang - Polis
Dalam kejadian jam 11.30 pagi Sabtu itu, seorang juruterbang maut selepas pesawat terbabit terhempas. - Foto Astro AWANI
Pesawat ringan GT500 yang terhempas ke dalam sungai di Sungai Rambai, Melaka pagi semalam tidak mendapat kebenaran terbang dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
Perkara itu disahkan Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Jalil Hassan.
Beliau berkata, dimaklumkan pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak menerima apa-apa maklumat berkenaan sesi penerbangan pesawat ringan pada pagi kejadian dilakukan oleh juruterbang yang terbunuh, Yen Yoon Fah, 53, dan jurulatih penerbangan, Shahrul Shafiri, 35, yang cedera.
BACA: Pesawat terhempas di Sungai Rambai, juruterbang maut pembantu cedera parah
Katanya, punca kejadian sedang disiasat pihak DCA.
“Kena memaklumkan kepada pihak DCA dalam apa juga aktiviti penerbangan mereka, baik pelepasannya di Batu Berendam atau mana-mana lapangan terbang yang dibenarkan.
“Pihak kita dapat tahu pihak DCA telah menjalankan siasatan kerana tiada permohonan apa-apa dalam menerbangkan pesawat ringan tersebut. Kita juga akan membantu polis Tangkak dalam menjalankan siasatan bagaimana kapal terbang ringan ini terhempas di kawasan Tangkak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan hari sukan peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang di sini hari ini.
Dalam pada itu beliau berkata, pihaknya akan terus berhubung dan bekerjasama dengan Ibu Pejabat Daerah Tangkak bagi menyiasat punca insiden tersebut.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi Sabtu itu, seorang juruterbang maut selepas pesawat terbabit terhempas.
Difahamkan pesawat terbabit terhempas kira-kira 200 meter dari hujung landasan aerodrome Sungai Rambai, Jasin.
Terdahulu pada program tersebut, lebih 700 anggota kanan, pegawai dan anggota polis termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) menyertai aktiviti berbasikal sejauh 10 kilometer dan berjalan 10 ribu langkah.
Topic Berkaitan
#DCA
#Department of Civil Aviation Malaysia
#penerbangan
#pesawat
#Sungai Rambai
#terhempas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan