IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mahu aspek keselamatan penerbangan ditingkatkan bagi mengelak insiden pesawat ringan terhempas di Jalan Sultan Nazrin Shah berhampiran Medan Gopeng pada Isnin, berulang.
Beliau berkata, kejadian yang berlaku sekitar jam 8 malam itu bukan sahaja membahayakan juruterbang, tetapi mengundang risiko keselamatan kepada orang ramai kerana berhampiran kawasan pekan dan perumahan.
"Kita faham bahawa ini satu kemalangan, cumanya Jabatan Penerbangan Awam (DCA) barangkali ada kaedah-kaedah tertentu untuk mengelak daripada kejadian berulang.
"Kerana nahas semalam jatuhnya di kawasan hampir di tengah pekan di mana orang ramai berada di situ," katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bot Penyelamat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak di Mes Pegawai Kanan Polis di sini pada Selasa.
Hadir sama, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dan Pengarah SMSR Resources, Syed Shukran Syed Muhamad.
Saarani berkata, siasatan penuh nahas itu akan dikendalikan sepenuhnya DCA.
"Sudah tentu mereka perlu untuk buat siasatan dan melihat bagaimana langkah-langkah keselamatan perlu diperketatkan," katanya.
Nahas pesawat ringan itu telah mengorbankan seorang juruterbang, Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, sementara seorang lagi, Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, terselamat dengan mengalami kecederaan.
Dilaporkan kemalangan terbabit melibatkan jenis pesawat Piper 28-161, pendaftaran 9M-BAA yang dikendalikan oleh BATS Aviation Sdn Bhd.
Kejadian berlaku ketika pesawat berkenaan sedang menjalani latihan penerbangan di Sungai Pinji selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Ipoh.
Dalam perkembangan lain, Saarani berkata, sebanyak 30 bot Fiberglass baharu diserahkan kepada Polis Perak untuk digunakan dalam operasi menyelamat di seluruh negeri terutama ketika banjir.
Katanya, sumbangan melibatkan peruntukan RM400,500 itu sebagai melengkapi keperluan pasukan penyelamat terbabit dalam menghadapi bencana banjir yang sering melanda negeri ini.
"Bot ini lebih fleksibel kerana saiznya yang kecil memudahkan kerja-kerja menyelamat dilakukan di kawasan sukar yang melibatkan perumahan dan kawasan berbumbung.
"Selain banjir, bot ini juga boleh digunakan untuk kerja menyelamat operasi lainnya seperti kes lemas," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Aug 02 2022
Saarani (kiri) melihat bot baharu yang diserahkan kepada Polis Perak bagi tujuan operasi menyelamat. -Foto Sinar Harian
MoF tiada rekod surat kelulusan Najib
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, Kementerian Kewangan tidak mempunyai pengetahuan mengenai dua surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
AWANI Borneo [26/04/2024] - Permintaan terkahir Joanna | Cakna kepentingan pertahanan | Jangan takut ugutan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Freedom Flotilla to Gaza: AS terus beri tekanan kepada Turki
AS yang merupakan rakan sekutu Israel dilaporkan terus memberi tekanan yang hebat kepada Turki untuk tidak memberi kebenaran pelayaran misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza.
Rumah terbuka himpunkan penduduk pelbagai kaum Kinabatangan
Sekitar 3,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri rumah terbuka aidilfitri daerah Kinabatangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enam inisiatif kekalkan momentum pertumbuhan Labuan IBFC 2024
Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) Nik Mohamed Din Nik Musa berkata inisiatif ini penting dalam merangka hala tuju Labuan IBFC ketika Pelan Hala Tuju Strategik Lima tahunnya (2022-2026) memasuki tahun ketiga.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sindiket ancam bakar stesen minyak harus dilaporkan - Armizan
Pemilik stesen minyak yang diancam sindiket penyeludupan diesel bersubsidi disaran membuat laporan secara rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kata Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Nahas helikopter Lumut: 'Hari yang amat menyedihkan buat kita semua' - MB Perak
Saarani turut mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga wira-wira TLDM yang terlibat dalam tragedi kemalangan helikopter itu.
Tarif air pengguna domestik Perak naik 5 sen mulai 1 Mei - Saarani
Saarani berkata, beliau yakin kenaikan itu tidak terlalu tinggi dan boleh diterima oleh rakyat.
Kerajaan Perak bantu pelajar bawa pulang kitab Turath
Kerajaan negeri Perak menghargai jasa pelajar tajaan MAIPk itu yang bersungguh-sungguh mengumpulkan khazanah berharga tersebut.
Selepas WISE, Perak daftar lebuh raya baharu Tanjung Malim-Lumut
Selepas WISE, Perak daftar lebuhraya baharu Tanjung Malim - Lumut
AHTV akan beri impak ekonomi di Bidor - Saarani
Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
UMNO Perak sokong kempen boikot KK Mart, gesa selesai isu segera
Katanya, pendirian itu penting dalam memberi pengajaran dan amaran keras kepada semua bahawa kesucian Islam tidak boleh diperkotak-katikkan.
Tarif air: Kerajaan negeri Perak buat keputusan minggu depan - MB
Keputusan pelarasan tarif air baharu bagi pengguna domestik di Perak akan diputuskan selewat-lewatnya minggu depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Perak hilang hasil sekiranya moratorium eksport NR-REE dilaksana - MB
Kerajaan negeri Perak memohon pengecualian daripada moratorium pengeksportan bahan mentah unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE), kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
MB Perak umum BKK Raya 2024 sebanyak RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri, ketua kampung
Kerajaan Perak bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Raya (BKK RAYA) 2024 sebanyak RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri dan ketua kampung.
'Penjawat awam jangan defensif, terbuka terima teguran' - MB Perak
Aduan merupakan maklum balas yang bertujuan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan di jabatan masing-masing.