awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peserta RXZ Fighter Gathering maut kemalangan

Bernama
Bernama
01/03/2024
10:22 MYT
Peserta RXZ Fighter Gathering maut kemalangan
Mangsa maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di KM166.6 Lebuhraya Pantai Timur dekat Maran ketika berkonvoi untuk menghadiri program RXZ Fighter 2024. -Polis Pahang
KUANTAN: Seorang peniaga pasar malam maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di KM166.6 Lebuhraya Pantai Timur dekat Maran ketika berkonvoi untuk menghadiri program RXZ Fighter 2024 di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Maran DSP Mohamad Zamri Mohamad Zaber berkata dalam kejadian kira-kira pukul 10.55 pagi itu, Muhammad Lokman Abdul Aziz, 29, yang beralamat di Kuala Kangsar, Perak meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati Muhammad Lokman bersama 14 lagi penunggang motosikal sedang berkonvoi dari Kuala Kangsar ke Kuantan dengan kedudukan mangsa di belakang sekali.
Menurut Mohamad Zamri, Muhammad Lokman dipercayai telah hilang kawalan ke atas motosikal jenis Yamaha RXZ yang ditunggangnya dan terbabas ke sebelah kiri sebelum melanggar besi penghadang jalan.
"Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh petugas ambulans Hospital Temerloh," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RXZ Fighter 2024
#Lebuhraya Pantai Timur
#peniaga pasar malam
#Muhammad Lokman Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan