KUCHING: Warga asing yang menyertai Program Sarawak-Malaysia Rumah Keduaku (S-MM2H) kini dibenar untuk bekerja di negeri itu.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Kabinet negeri yang bermesyuarat pada Khamis lalu meluluskan penambahbaikan prosedur permohonan menyertai program itu yang akan berkuat kuasa mulai hari ini.
"Mereka yang terlibat dalam S-MM2H, mereka akan diberi kebenaran untuk bekerja. Sebelum ini tiada (peserta yang dibenarkan bekerja)," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Abdul Karim berkata pemohon yang berjaya bagi program itu telah dimaklumkan mengenai kelonggaran untuk bekerja, beberapa bulan yang lepas.
"Antara kerja yang dibenarkan adalah sebagai pensyarah sambilan atau menjadi rakan kongsi minoriti dalam syarikat yang ditubuhkan di negeri ini.
"Bagi mana-mana kerja sambilan, ia mestilah berdasarkan sektor yang tidak ramai disertai rakyat Sarawak dan mesti mendapat kelulusan Unit Pengurusan Imigresen dan Buruh (ILMU) di Jabatan Premier Sarawak," katanya.
Abdul Karim berkata permohonan untuk bekerja perlu dibuat melalui kementerian dan ia akan dikemukakan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang mempunyai jawatankuasa untuk meluluskannya.
"Penambahbaikan lain ialah keperluan bagi mereka dalam kategori umur 30 hingga 39 tahun untuk memiliki rumah kediaman di Sarawak dengan harga sekurang-kurangnya RM600,000; atau mereka mempunyai anak di bawah umur 21 tahun yang melanjutkan pelajaran di Sarawak dan mempunyai pas pelajar sahaja; atau pemohon menjalani rawatan perubatan jangka panjang di Sarawak dan disahkan oleh doktor swasta atau kerajaan yang berdaftar dengan Persatuan Perubatan Malaysia.
Selain itu, mereka yang berumur bawah 40 tahun yang ingin menyertai S-MM2H juga boleh terdiri daripada mereka yang mempunyai anak berumur bawah 21 tahun yang masih menuntut di Sarawak atau mereka sedang menjalani rawatan perubatan jangka panjang di Sarawak.
Abdul Karim berkata program S-MM2H yang bermula sejak 2007, sehingga hari ini telah meluluskan 2,198 peserta.
Beliau berkata 10 negara teratas yang rakyatnya menyertai program itu ialah United Kingdom melibatkan 306 orang, China (274), Taiwan (193), Hong Kong (186), Singapura (164), Amerika Syarikat (155) Korea Selatan (125), Indonesia (104), Australia (95) dan Jepun (86).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2023
Kabinet Sarawak yang bermesyuarat pada Khamis lalu meluluskan penambahbaikan prosedur permohonan menyertai program itu yang akan berkuat kuasa mulai hari ini. - Gambar fail
Patuh, jangan naikkan harga sesuka hati
Para peniaga diingatkan patuh kepada harga maksimum dan tidak sesekali menaikkan harga barangan ketika musim perayaan Krismas.
Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Penduduk Samarahan dinasihat tidak terburu-buru jual tanah
ADUN Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau yakin harga hartanah di Samarahan akan meningkat berkali-kali ganda pada masa akan datang.
Kerjasama strategik PETRONAS, institusi pendidikan di Sabah
Kerjasama strategik antara PETRONAS dan institusi pendidikan di Sabah penting dalam memperkasa pendidikan Teknik Dan Vokasional (TVET) serta membuka peluang pekerjaan kepada belia negeri ini.
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
Tangkap layar perbualan WhatsApp bermotifkan poitik - Jeffrey
Jeffrey Kitingan, menafikan tuduhan bahawa terlibat dalam konspirasi terhadap Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, susulan penyebaran video kontroversi memaparkan tangkap layar perbualan WhatsApp di media sosial.
Impian tolak dakwaan ditaja Musa Aman, Anifah Aman
Parti Impian Sabah (Impian) yang baru ditubuhkan menafikan dakwaan ia ditaja oleh bekas ketua menteri, Musa Aman atau adiknya Anifah Aman.
Tan Sri Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Berita mengenai perkara itu mula tersebar di media sosial sejak semalam selepas dakwaan nama Musa telah dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong.
Banjir kilat di beberapa kawasan di Saratok pulih
Banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Saratok beransur surut dan laluan utama ke Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Budu, Ulu Kerian dan Rumah Panjang (RH) Rossita, Ulu Budu kembali dibuka kepada kenderaan.
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
Pantau Agenda Reformasi: NAIO | Ke arah Malaysia sebagai negara AI
Apa yang perlu dilakukan Malaysia bagi memastikan ekosistem digital dimanfaat secara berkesan dan menyeluruh susulan penubuhan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO)?
Peserta S-MM2H kini boleh bekerja di Sarawak - Abdul Karim
Warga asing yang menyertai Program Sarawak-Malaysia Rumah Keduaku (S-MM2H) kini dibenar untuk bekerja di negeri itu.