awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesta arak: Suspek militan di peringkat akhir lancar serangan - KPN

Idzham Mispan
Idzham Mispan
17/10/2017
07:19 MYT
Pesta arak: Suspek militan di peringkat akhir lancar serangan - KPN
Tan Sri Mohamed Fuzi Harun berkata, pelajar berkenaan dan dua lagi suspek telah menguji bom buatan sendiri (IED) di kawasan tanah lapang di belakang rumah suspek pada 28 September lalu.- Gambar Fail.
Tiga suspek termasuk seorang pelajar berusia 19 tahun yang merupakan dalang utama untuk melancarkan serangan terhadap “Better Beer Fest 2017” pada 7 Oktober lalu berada di peringkat akhir untuk melancarkannya sebelum rancangan itu berjaya digagalkan pihak berkuasa.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamed Fuzi Harun berkata, pelajar berkenaan dan dua lagi suspek telah menguji bom buatan sendiri (IED) di kawasan tanah lapang di belakang rumah suspek pada 28 September lalu.
“Suspek telah menjalankan ujikaji terhadap (IED) terbabit di kawasan lapang. Satu 'pipe bomb' berjaya diletupkan manakala satu lagi 'gas pipe bomb' gagal diletupkan di belakang rumah mereka.
Suspek ditangkap sejurus pihak berkuasa menghidu rancangan pengeboman mereka. - Foto PDRM
Suspek ditangkap sejurus pihak berkuasa menghidu rancangan pengeboman mereka. - Foto PDRM
"Keluasan impak letupan bom ini dijangka mencapai keluasan sekitar 30 meter,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, di sini hari ini.
Hasil risikan polis kemudiannya menahan ketiga-tiga suspek pada 10 Oktober lalu dan merampas pelbagai peralatan membuat bom dalam serbuan di rumah salah seorang suspek di Pasir Puteh, Kelantan.
Antaranya buku panduan cara-cara membuat bom, enam batang paip jenis PVC, lapan bateri, kabaid, enam mentol, dua buah telefon bimbit jenis Nokia, mercun bola dan beberapa alatan untuk membuat bom tersebut.
Tambah Mohamed Fuzi, siasatan pihaknya mendapati suspek menyasarkan beberapa lokasi antaranya di kawasan penganjuran ‘Better Beer Fest 2017’, beberapa pusat hiburan termasuk dan rumah ibadat di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Suspek yang ditangkap merupakan individu warganegara Malaysia. - Foto PDRM
Suspek yang ditangkap merupakan individu warganegara Malaysia. - Foto PDRM
Mengulas lanjut, dua lagi suspek yang ditahan merupakan bekas anggota tentera yang mengumpul dana bagi melancarkan serangan dan seorang kontraktor binaan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan ‘Gagak Hitam’, sel pengganas yang bertanggungjawab mengebom pusat hiburan Movida di Puchong pada 28 Jun 2016.
Polis sebelum ini melarang penganjuran pesta arak terbabit selepas maklumat risikan mendapati terdapat pihak-pihak tertentu yang merancang mensabotaj festival berkenaan.
Topic Berkaitan
#Improvised Explosive Devices
#pengganas
#Tan Sri Mohamad Fuzi Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan