awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesta Kaamatan model perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia - Hajiji

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
30/05/2021
05:03 MYT
Pesta Kaamatan model perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia - Hajiji
Hajiji berkata, Pesta Kaamatan mampu menjadi asas kepada rakyat di negeri ini untuk terus bersatu dan sebagai model perpaduan masyarakat pelbagai kaum.
KOTA KINABALU: Pesta Kaamatan mampu menjadi asas kepada rakyat di negeri ini untuk terus bersatu dan seterusnya sebagai model perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, festival bersempena perayaan pesta menuai itu juga dilihat satu wadah penting memumpuk semangat kerjasama untuk membawa negeri ini ke tahap pembangunan lebih tinggi.
"Pesta Kaamatan adalah perayaan penting untuk rakyat Sabah khususnya bagi masyarakat Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus serta etnik lain di negeri ini.
"Pesta kaamatan yang membawa mesej pendamaian dan keamanan, perlu dijadikan asas untuk rakyat terus bersatu serta memperkasa semangat perpaduan yang sedia terjalin khususnya negeri Sabah yang sentiasa menjadi model perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya bersempena pembukaan Majlis Sambutan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Sabah, menerusi kiriman video di Dewan KDCA, Penampang, hari ini.
Sementara itu, Hajiji berkata, walaupun pandemik COVID-19 telah mengubah cara meraikan perayaan Kaamatan tetapi beliau mengajak supaya rakyat bersyukur untuk menyambutnya secara sederhana selain mengadaptasikan teknologi digital.
"Tema Kaamatan pada tahun 2021, iaitu Kaamatan Tanpa Sempadan Demi Pendamaian dan Keamanan amat bertepatan dengan keadaan sekarang pergerakan rakyat antara daerah negeri dan negara amat terhad demi memutuskan rangkaian penyularan COVID-19.
"Namun di sebalik pergerakan yang terhad, masyarakat masih berpeluang untuk menggunakan teknologi digital dengan lebih meluas termasuk perayaan ini," katanya lagi.
Dalam pada masa yang sama, mengulas mengenai penghayatan Kaamatan, Hajiji turut melahirkan hasrat supaya ianya dapat diselarikan dengan aspirasi kerajaan menerusi pengenalan pelan Sabah Maju Jaya (SMJ).
Untuk rekod, Pesta Kaamatan peringkat negeri menghampiri kemuncaknya pada esok dengan setiap aktiviti dan pertandingan tradisi seperti Unduk Ngadau serta Sugandoi disiarkan secara maya.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan menerusi laman sosial rasmi, Astro Radio dan Kaamatan TV yang dilancarkan awal bulan Mei lalu.
Topic Berkaitan
#Pesta Kaamatan
#perpaduan kaum
#perpaduan
#masyarakat majmuk
#Hajiji Noor
#Ketua Menteri Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan