PASIR MAS: Pengusaha timun di Kampung Kok Pauh, Rantau Panjang di sini, Che Husain Ismail terpaksa mengutip hasil tanamannya lebih awal bagi mengelak kerugian susulan hujan lebat yang berlarutan.
Katanya, 3,000 tanaman timun dalam beg politena yang diusahakan sejak Februari lepas, perlu diselamatkan kerana kawasan itu sering dilanda banjir.
"Tanaman timun ini telah memasuki musim keempat dan dijangka habis dikutip pada 22 Disember depan.
Namun, memandangkan ketika ini musim tengkujuh dan hujan lebat sejak petang kelmarin, saya mula mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengutip timun yang telah matang, kerana khuatir akan ditenggelami banjir sekiranya hujan masih berterusan dalam tempoh beberapa hari lagi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kebunnya, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Che Husain,61, berkata sekiranya tindakan itu tidak diambil, beliau mungkin mengalami kerugian besar yang mencecah puluhan ribu ringgit.
Pengerusi Pertubuhan Peladang Rantau Panjang itu berkata, hujan yang berterusan akan menjejaskan kualiti buah timun kerana berlaku lebihan air, sehingga boleh merosakkan pokok dan tidak menjalar dengan sempurna.
"Jika bukan musim tengkujuh, saya mampu mengutip hasil timun ini antara 18 hingga 20 tan bagi satu musim, namun kini (musim tengkujuh) saya jangkakan hanya sekitar lima atau enam tan sahaja.
Sekiranya tidak sempat untuk mengutip (timun) dan kawasan tanaman ini dilanda banjir, saya reda dan akur dengan ketentuan Allah," katanya yang dibantu enam pekerja untuk mengutip hasil dalam tempoh 10 hari lagi di kawasan berkeluasan 0.4 hektar itu.
Sementara itu, menurut portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran negeri, setakat 4 petang ini, Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Rantau Panjang merekodkan paras amaran dengan bacaan masing-masing pada 8.31 meter.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 03 2021
Menurut Che Husain, tanaman timunnya telah memasuki musim keempat dan dijangka habis dikutip pada 22 Disember depan. - Bernama
KBS sasar 8,880 individu sertai KLAS Renang tahun ini
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan sebanyak 8,880 individu menyertai Program Kemahiran Latihan Asas Sukan Renang (KLAS Renang) di seluruh negara tahun ini.
Penyu PD pulang bertelur, orang ramai jangan buat kacau ganggu
Selepas menemui 159 telur penyu karah di Pantai Tanjung Gemok Port Dickson, pada Jumaat, kini sebanyak 117 telur penyu agar pula ditemui pada Sabtu.
Che'gubard direman dua hari
Che'gubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City.
Buletin AWANI Khas: Mesyuarat khas WEF di Arab Saudi, PM Anwar & Pemimpin dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan dalam Sidang Plenari Pembukaan Mesyuarat Khas World Economic Forum (WEF) di Arab Saudi. Ikuti analisis menyeluruh bersama Penganalisis Ekonomi, Fithra Faisal Hastiadi; Ketua Pengarang Astro AWANI, @AshwadIsmail; dan Pengarang Niaga AWANI, @NajibAroff #BuletinAWANIKhas
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 berkuat kuasa 1 Jun
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini.
AWANI Ringkas: BERSATU serah tujuh notis kosongkan kerusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Pertandingan untuk tawan atau tahan
PRK DUN KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, PN, PRK, PRM dan calon Bebas.
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
Petani petik timun elak rugi musim tengkujuh
Tanaman timun ini telah memasuki musim keempat dan dijangka habis dikutip pada 22 Disember depan.