Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menjadi tumpuan petisyen apabila petisyen dalam talian melobi Tun Mahathir dicalonkan bagi Hadiah Nobel Keamanan tahun ini.
Menerusi petisyen dalam talian Change.org yang membandingkan Tun Mahathir dengan pejuang revolusi anti-apartheid oleh tokoh Afrika Selatan, Nelson Mandela telah dilancarkan semalam dan sejak itu petisyen tersebut telah menerima lebih 50,000 tandatangan sehingga kini.
Menurut pengasas petisyen itu, Alexandria Abishegam, petisyen yang ditujukan kepada Yayasan Nobel ini mahu Tun Mahathir dicalonkan untuk menerima Hadiah Nobel Keamanan sebagai satu pengiktirafan terhadap semangat beliau yang kembali ke dunia politik pada usia 92 tahun.
Beliau turut mengetepikan prasangka politiknya untuk bekerjasama dengan bekas pengkritiknya demi menyelamatkan negara.
“Tun Dr Mahathir juga secara terbuka mengakui kesilapan beliau dan memohon maaf di atas kesilapan yang lampau membuatkan beliau seorang yang begitu disegani dan seorang pemimpin yang wajar dicontohi,” katanya dalam petisyen tersebut.
Petisyen tersebut boleh ditandatangani dalam talian menerusi laman web Change.org.
Terdahulu, satu petisyen tular di media sosial yang meminta supaya Tun Dr Mahathir meneruskan hasrat sebagai Menteri Pendidikan.
Namun, Tun Mahathir sebelum ini menegaskan beliau tidak akan melanggar Manifesto Pakatan Harapan (PH) yang menetapkan bahawa Perdana Menteri tidak boleh memegang dua portfolio di dalam Kabinet.
Nursyazwani Saiful Sham
Sun May 27 2018
Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menjadi tumpuan petisyen apabila petisyen dalam talian melobi Tun Mahathir dicalonkan bagi Hadiah Nobel Keamanan tahun ini. -Gambar fail
AWANI Ringkas: Calon kerajaan diumum minggu depan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kelantan beri kerjasama penuh jayakan sambutan Aidilfitri MADANI
Mohd Nassuruddin berkata satu mesyuarat bersama akan diadakan dalam masa terdekat bagi menentukan gerak kerja dan lokasi program berkenaan.
Zendaya hidupkan watak wirawati tenis menerusi filem Challengers
Challengers mengikuti watak Zendaya, seorang bintang tenis yang bercita-cita tinggi yang meninggalkan kerjayanya selepas kecederaan teruk.
PHAM 2024: Tengku Hassanal berkenan sertai pengalaman XR - 'Global Collaboration Village'
Kehadiran Pemangku Raja Pahang itu adalah bersempena dengan Sidang Kemuncak Kesihatan Planet 2024 dan Mesyuarat Tahunan ke-6 (PHAM 2024).
Sanusi kahwin lagi: Antara 'Dok Pahang' dengan 'Duduk Pahang'
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa kapsyen bertulis 'Dok Pahang' yang dimuat naik di akaun FB miliknya beberapa hari lepas membabitkan saranan berkahwin.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara Sabah, Sarawak masih selamat - MetMalaysia
Ketinggian letusan yang dicerap, adalah sehingga 55,000 kaki, dan awan debu yang terbentuk boleh menyebabkan risiko kepada keselamatan pesawat.
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Pas tidak anggap Kuala Kubu Baharu kubu kuat DAP, yakin rampas
Pas tidak menganggap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu sebagai kubu kuat DAP menjelang pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu 11 Mei depan.
KPKT salur RM5.21 juta tingkatkan infrastruktur Hulu Selangor - Nga
KPKT peruntuk RM5.21 juta bagi menambah baik infrastruktur awam di bawah seliaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Projek Kampung Cina.
Narendra Modi, pembangkang tamat kempen Pilihan Raya India
Menuju pilihan raya umum, Perdana Menteri India Narendra Modi dan pemimpin parti pembangkang utama Kongres Rahul Gandhi dan Priyanka Gandhi menamatkan kempen pada Rabu.
Aktivis Iran, Narges Mohammadi menang Hadiah Nobel Keamanan
Mohammadi merupakan aktivis yang aktif berkempen untuk hak wanita dan pemansuhan hukuman mati.
Biaya protes antikerajaan, Pemenang Hadial Nobel 2022 dipenjara 10 tahun
Ales Bialiatski dan rakan-rakannya dituduh menyalurkan dana Viasna kepada tahanan politik dan membantu membayar yuran guaman mereka.
Greta Thunberg dan Malala Yousafzai saling mengagumi
Ia merupakan kali pertama kedua-duanya bertemu dan mereka saling meluahkan rasa kekaguman terhadap satu sama lain.
Petisyen calonkan Tun Mahathir terima Hadiah Nobel Keamanan
Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menjadi tumpuan petisyen apabila petisyen dalam talian melobi Tun Mahathir dicalonkan bagi Hadiah Nobel Keamanan tahun ini.
Kuartet Dialog Kebangsaan Tunisia pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2015
Ditubuhkan pada 2013, gabungan empat organisasi itu telah menyokong usaha pendemokrasian Tunisia ketika ia dalam risiko kehancuran.
Petisyen supaya Bradley Manning dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan
Aktivis perdamaian Amerika Syarikat Mairead Maguire menganggap Manning sebagai pahlawan kerana berani mendedahkan dokumen sulit tentera Amerika Syarikat.