KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menubuhkan dua pusat teknologi dan penyelidikan baharu di Imperial College London dan Heriot-Watt University di United Kingdom (UK) untuk menggalakkan kemajuan teknologi yang lebih baik dalam penyelesaian rendah karbon dan tenaga yang lebih bersih.
Pusat teknologi itu -- Pusat Kejuruteraan Sistem Pelbagai Fasa Petronas di Imperial dan Pusat Kecemerlangan dalam Kejuruteraan Sub Permukaan dan Peralihan Tenaga Petronas di Institute of GeoEnergy Engineering di Heriot-Watt -- masing-masing dibuka pada Khamis di London dan Edinburgh.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata kerjasama dengan Imperial dan Heriot-Watt University menggariskan komitmen Petronas dalam meneruskan kemajuan teknologi untuk memberi tumpuan kepada peralihan tenaga secara bertanggungjawab.
"Kami gembira apabila hasrat bersama kami membolehkan Petronas memperhebatkan usahanya dalam teknologi yang memberikan penyelesaian tenaga berteraskan kepada pertimbangan sosial dan alam sekitar yang positif," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tengku Muhammad Taufik berkata syarikat minyak nasional itu berharap dapat merangka fasa baharu dalam teknologi dan inovasi dengan kedua-dua institusi itu untuk menghasilkan tenaga yang mampan pada masa depan sejajar dengan pernyataan matlamatnya.
Beberapa tenaga kerja Petronas telah mendapat ijazah kedoktoran mereka dari kedua-dua universiti itu melalui Program Pembangunan Saintis, bertujuan mematangkan saintis bertaraf dunia syarikat dan membolehkan perkongsian pengetahuan secara produktif yang meningkatkan prestasi operasi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 11 2021
Tengku Muhammad Taufik berkata kerjasama dengan Imperial dan Heriot-Watt University menggariskan komitmen Petronas dalam meneruskan kemajuan teknologi untuk memberi tumpuan kepada peralihan tenaga secara bertanggungjawab. - Gambar fail/BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
PETRONAS terus pupuk generasi pelumba masa depan di Grand Prix Malaysia 2024
Para peminat sukan permotoran seluruh negara membanjiri Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) bagi melihat pelumba kegemaran mereka beraksi merebut kejuaraan.
Petronas buat pelaburan baharu bernilai RM7.5 bilion di Kompleks Bersepadu Pengerang
Antaranya, PIPC yang akan dibangunkan dalam empat fasa untuk mewujudkan rantaian minyak dan gas hiliran di Johor iaitu mulai 2012 hingga 2037.
Setel akan kenakan caj 1% untuk tambah nilai guna kad kredit
Setel mengatakan caj 1% ini tidak tertakluk kepada tambah-nilai automatik ke dompet digital berkenaan.
Petronas jelas status perbincangan DGO dengan Petros
Petronas ingin menjelaskan bahawa ia masih dalam perbincangan dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) mengenai cadangan pelaksanaan Ordinan Pengagihan Gas (DGO).
Petronas perkenal dua inisiatif sokong sektor minyak dan gas
Petronas melalui Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), menyasar untuk menyokong keteguhan sektor minyak dan gas tempatan menerusi dua inisiatif baharu.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, jejak prestasi semalaman pasaran AS
Pada 9.06 am, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 2.13 mata kepada 1,638.67.
Homecoming PETRONAS cungkil bakat badminton di Sibu
PETRONAS berharap dapat memberi inspirasi kepada pemain muda untuk mencapai potensi mereka dan mungkin menjadi pemain negeri atau kebangsaan yang dikenali di seluruh dunia.
Petronas peroleh konsesi minyak dan gas ketiga di Abu Dhabi
Petronas Abu Dhabi akan memegang 100 peratus ekuiti dan bertanggungjawab ke atas pengendalian sepanjang tempoh cari gali berkenaan.
Petronas tiada hasrat ambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak - Pejabat Premier
Pejabat Premier Sarawak hari ini mengesahkan bahawa Petronas tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Sarawak dan syarikat minyak dan gasnya, Petroleum Sarawak Berhad.
Membina kerjaya di Petronas: Dari luar pesisir Kerteh ke persada dunia
Peluang menimba ilmu yang diberikan oleh Petronas berjaya melahirkan ramai pekerja mahir bertaraf antarabangsa, sekali gus menguntungkan negara dari segi pembangunan modal insan.