LIFESTYLE
Petua udang kekal segar, tiada lendir dan tidak hanyir

Cara nak hilangkan bau hanyir dan kekalkan kesegaran ini boleh gunakan untuk makanan laut yang lain juga. Asalkan asal usul dia dari air tawar/laut. -Mingguan Wanita
BOLEH dikatakan makanan laut kebanyakannya berlendir dan hanyir, termasuklah udang.
Ada macam-macam petua yang mak-mak boleh ambil untuk hilangkan masalah ini.
Sedapnya udang! Masakannya pun boleh dipelbagaikan. Tapi kalau yang ada masalah gout itu, kena elakkan.
Namun, nak beli udang pun bukan sembarangan sebab silap beli, udang dah tak segar.Ini belum lagi hanyir dan berlendir. Sementelah kalau nak masak, kena buang warna hitam di bahagian belakang udang.
Bagaimana nak pastikan udang yang mak-mak beli ini kekal segar, tak hanyir dan tak berlendir.
Mungkin petua ini biasa dengar tapi belum cuba. Jadi, apa kata nanti bolehlah buat pada udang atau makanan laut lain yang mak-mak beli nanti.
CARA NAK BERSIHKAN UDANG DAN KEKALKAN KESEGARAN
Masak udang sambal petai memang sedap. Tapi kalau udang dah lembik, tak sedap jugak, kan!
1. Ini cara mudah nak keluarkan kotoran dari badan udang yang size kecil dan sederhana, sebaiknya cucuk guna LIDI SATE aje.
Nak guna pisau @ gunting pun tak ada masalah tapi kalau udang tu besar dan segar boleh la. Kalau tak berapa nak pro pasti hancur terkulai terus.

3. Lepas dah cuci semua udang tu, perah limau untuk buang bau hanyir dan toskan. Disarankan guna limau nipis sebab baunya lebih wangi dan kuat.




Sumber: Nana Ismail
*Artikel asal di Mingguan Wanita
Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami