DUNIA
Salji selimuti gurun paling kering di dunia di Chile
BUENOS AIRES: Gurun Atacama di utara Chile, yang dikenali sebagai gurun paling kering di dunia, dilitupi salji dalam kejadian jarang berlaku, lapor agensi berita TASS memetik pemerhatian balai cerap ALMA pada Khamis.
"Salji turun di Gurun Atacama, yang paling kering di dunia," menurut kenyataan balai cerap itu menerusi hantaran di platform media sosial X, disertakan dengan rakaman video fenomena luar biasa itu.
Kali terakhir salji direkodkan di kawasan tersebut adalah sedekad lalu.
Terletak di dataran tinggi, iklim yang amat kering di Gurun Atacama menjadikannya antara lokasi paling sesuai di dunia untuk pemerhatian angkasa lepas dan penubuhan balai cerap astronomi.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami