awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petugas, jentera sudah digerak ke lokasi banjir - MB Selangor

Sinar Harian
Sinar Harian
17/11/2022
00:20 MYT
Petugas, jentera sudah digerak ke lokasi banjir - MB Selangor
Amirudin (dua dari kanan) melakukan tinjauan di Taman Melawis, Klang pada awal pagi Khamis. -Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Semua petugas dan jentera banjir membabitkan agensi kerajaan berkaitan sudah digerakkan ke beberapa lokasi banjir di negeri ini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, arahan itu dikeluarkan selepas beliau menerima laporan mengenai kenaikan paras air akibat hujan berterusan di beberapa lokasi di Shah Alam, Klang dan Puchong.
"Saya telah memberi arahan kepada semua agensi kerajaan berkaitan untuk menggerakkan petugas dan jentera ke kawasan terlibat," katanya dalam satu kenyataan di laman sosial pada awal pagi Khamis.
Amirudin menerusi hantaran terbaharu di laman sosial itu turut memberitahu, beliau bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Noraini Roslan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta persatuan penduduk turut meninjau keadaan banjir di Taman Melawis pada jam 2.45 pagi.
"Projek tebatan banjir telah dimulakan namun menghadapi kesukaran," katanya.
Jam 2 pagi saya di pam air Taman Melawis. Pam ini berfungsi dengan baik ketika ini tetapi taburan hujan yang tinggi menyebabkan air naik di kawasan perumahan. Arahan telah diberikan utk bantuan segera kpd para penduduk. pic.twitter.com/CcVBpajlvn
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) November 16, 2022
Jam 2.45 pagi saya turun di Taman Melawis melihat keadaan banjir bersama YDP Majlis Perbandaran Klang, pihak JPS dan persatuan penduduk. Projek tebatan banjir telah dimulakan namun menghadapi kesukaran. Saya akan berhubung dgn pihak KTM esok utk menyelesaikan masalah ini. pic.twitter.com/aAfpKcEbIX
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) November 16, 2022
Ujar beliau, sebelum ke Taman Melawis, beliau telah meninjau dan melihat sendiri keadaan pam air taman berkenaan.
"Pam ini berfungsi dengan baik ketika ini tetapi taburan hujan tinggi menyebabkan air naik di kawasan perumahan.
"Arahan telah diberikan untuk bantuan segera kepada penduduk," jelasnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#banjir
#Amirudin Shari
#Taman Melawis
#kenaikan paras air akibat hujan berterusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan