GEORGE TOWN: Polis menahan sepasang suami isteri dan seorang petugas syarikat pengedar kurma disyaki terlibat kes samun wang syarikat itu bernilai RM143,941 dalam kejadian di Simpang Ampat di Nibong Tebal dekat sini.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata suami isteri dan petugas lelaki berusia 27 hingga 52 tahun itu ditahan pada Ahad dan Isnin lepas, dalam serbuan di Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan, dekat sini serta Sungai Petani, Kedah.
"Hasil penahanan mereka, polis berjaya menemukan semula wang disamun sebanyak RM71,019," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini.
Beliau berkata kejadian samun itu berlaku pada 2.20 petang 27 Feb lepas apabila petugas syarikat pengedar kurma itu yang hendak memasukkan wang syarikat ke dalam sebuah bank di Simpang Ampat, disamun seorang lelaki.
Menurut Mohamed Usuf suspek pada mulanya menghampiri mangsa sebelum tiba-tiba bertindak merampas beg yang berisi wang tunai dan melarikan diri dengan menggunakan motosikalnya.
Mohamed Usuf berkata berikutan kejadian itu, polis menubuhkan pasukan khas bagi mengesan suspek sebelum berjaya menahan tiga individu itu yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan yang didalangi petugas berusia 52 tahun itu.
Beliau berkata dua daripada mereka mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan judi dan dadah manakala kesemuanya kini direman seminggu bagi siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.
Dalam perkembangan lain, Mohamed Usuf berkata sejak Januari hingga Februari lepas, Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang telah melancarkan empat Op Cantas Mega yang menyasarkan bekas penjenayah dan orang yang dikehendaki polis.
Menurut beliau, 253 serbuan secara berasingan telah dilakukan di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perlis selain berjaya menahan 245 individu atas pelbagai kesalahan antaranya penyeludupan dan pemerdagangan manusia, jenayah kekerasan dan pengedaran dadah.
''Mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 64 tahun terdiri daripada 115 lelaki dan 60 wanita tempatan serta 53 lelaki dan 17 wanita warga asing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 22 2024
Menurut Mohamed Usuf suspek pada mulanya menghampiri mangsa sebelum tiba-tiba bertindak merampas beg yang berisi wang tunai dan melarikan diri dengan menggunakan motosikalnya. - Gambar Bernama
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Ombudsman Indonesia desak peningkatan pemeriksaan pasport, banteras pemerdagangan manusia
Beberapa mangsa pemerdagangan manusia dapat dipintas sebelum berlepas ke luar negara dengan penyeliaan imigresen yang lebih ketat.
Sindiket penipuan pekerjaan: Lebih 80 peratus mangsa berbangsa Cina
Hampir 80 peratus daripada mereka yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan adalah berbangsa Cina.
Undang-undang buruh Malaysia tidak terpakai di negara asing - Mohamad Alamin
Rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara adalah tertakluk dan dilindungi di bawah undang-undang buruh serta undang-undang hak asasi manusia termasuk pemerdagangan orang di negara berkenaan.
Pemerdagangan manusia: Graduan IT perlu hati-hati, elak jadi mangsa - Shuhaily
Seiring perkembangan teknologi dan tawaran gaji yang menarik, golongan itu tidak terlepas daripada menjadi sasaran.
Belanda laksanakan pemeriksaan sempadan tambahan mulai 9 Dis
Belanda akan melaksanakan pemeriksaan sempadan tambahan secara sementara bermula 9 Dis bagi membendung "migrasi tidak teratur dan pemerdagangan manusia".
Enam lagi ahli GISB akan didakwa di Johor pada Ahad
Enam lagi individu dipercayai ahli (GISB) akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor atas kesalahan jenayah seksual dan pemerdagangan manusia, pada pagi Ahad.
Indonesia keluar amaran peningkatan mangsa pemerdagangan manusia
Indonesia telah menyuarakan kebimbangan mengenai peningkatan jumlah mangsa pemerdagangan manusia di Asia Tenggara.
Mashitah fail saman terhadap NGO kaitkannya dengan pemerdagangan manusia di Myanmar
Dr Mashitah failkan saman terhadap sebuah NGO dan dua individu berhubung kenyataan mengaitkannya dengan jenayah pemerdagangan manusia di Myanmar.
Jangan guna agama selindung kezaliman - Che Puan Khaleeda
Che Puan Khaleeda dengan tegas bertitah, agama seharusnya menjadi asas kepada kasih sayang, perlindungan serta kesejahteraan masyarakat.
Kertas siasatan ahli politik dikaitkan dengan sindiket pemerdagangan manusia telah lengkap - KPN
Kertas siasatan berhubung seorang ahli politik tempatan dan suaminya dikaitkan dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar telah dilengkapkan.