awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petugas taman hidupan liar maut diserang gajah

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
25/12/2022
14:12 MYT
Petugas taman hidupan liar maut diserang gajah
Mangsa maut selepas diserang seekor gajah dewasa. - Gambar hiasan/ Reuters
KOTA KINABALU: Seorang petugas Taman Hidupan Liar Lok Kawi di sini, maut diserang seekor gajah pada Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, lelaki berusia 49 tahun berkenaan, dikatakan sedang memberi rawatan terhadap seekor anak gajah pygmy yang cedera sebelum seekor gajah dewasa meluru ke arahnya secara tiba-tiba.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu.
"Seekor gajah dewasa tiba-tiba menyerang mangsa ketika mangsa sedang memberi rawatan kepada anak gajah yang cedera.
"Akibat daripada serangan itu, mangsa parah di bahagian dada serta perut dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan," ujar Haris pada Ahad.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk bedah siasat.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin, berkata pihaknya masih menunggu laporan lengkap mengenai kejadian tersebut daripada pihak berkuasa.
Topic Berkaitan
#petugas taman hidupan liar
#serangan gajah
#penjaga maut
#Kota Kinabalu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan