awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petugas universiti parah dihempap pokok

Bernama
Bernama
25/11/2024
09:40 MYT
Petugas universiti parah dihempap pokok
Kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 35 tahun sedang mendaki bukit berkenaan bersama 57 pelajar dan tujuh petugas lain. - Gambar/ PDRM
CHUKAI: Seorang petugas wanita sebuah universiti tempatan cedera parah di kepala selepas dihempap pokok di Bukit Kemuning, Kijal, di sini kira-kira 9 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 35 tahun sedang mendaki bukit berkenaan bersama 57 pelajar dan tujuh petugas lain.
"Difahamkan mangsa bersama petugas universiti serta pelajar bidang geologi naik ke Bukit Kemuning untuk menjalankan kerja dan kajian lapangan.
"Sewaktu pendakian, mangsa ditimpa pokok besar yang tumbang menyebabkan dia cedera parah di kepala," katanya ketika dihubungi hari ini.
Hanyan berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Kemaman oleh ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk rawatan lanjut dan difahamkan kini sedang ditidurkan.
"Keluarga mangsa telah dimaklumkan dan suami mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kemaman," katanya.
Susulan itu, Hanyan mengingatkan orang ramai supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti rekreasi di kawasan Taman Eko Rimba sepanjang musim tengkujuh.
"Kawasan Taman Eko Rimba termasuk laluan pendakian dan aktiviti rekreasi di hutan simpan kekal negeri Terengganu adalah tidak dibenarkan sepanjang musim tengkujuh," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#musim tengkujuh
#wanita dihempap pokok
#daki bukit
#Bukit Kemuning
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan