KUALA LUMPUR: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah merampas 8,207 karton rokok pelbagai jenama disyaki tanpa cukai dalam serbuan di sebuah rumah di Kepong Baru di sini pada Isnin.
Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Jonit berkata, dalam serbuan jam 11 pagi itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 55 tahun.
"Kita merampas sebanyak 8,207 karton rokok pelbagai jenama, sebuah telefon bimbit dan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang disyaki digunakan dalam menjalankan aktiviti pengedaran rokok tidak bercukai.
"Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM2,022,632.20," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Zulkifli berkata, sindiket pengedaran rokok tidak bercukai itu menyewa kediaman untuk dijadikan sebagai stor penyimpanan rokok.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 10 2022
Antara barangan yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kepong Baru pada Isnin. -Foto Sinar Harian
Status pindah kes bunuh Bella ke Mahkamah Tinggi ditentukan 20 Mei ini
Mahkamah menetapkan 20 Mei depan bagi mendapatkan status arahan lanjut dan juga izin berhubung kes seorang lelaki yang didakwa membunuh Bella.
Mo Salah cipta sejarah baharu Liga Perdana Inggeris
Mohamed Salah mencipta lebih banyak sejarah Liga Perdana Inggeris apabila menjaringkan gol dan memberikan bantuan dalam kemenangan 4-2 Liverpool ke atas Tottenham.
Perkhidmatan BJAK tiada kelulusan JPJ
Tindakan BJAK Sdn Bhd (BJAK) menjalankan perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan kepada orang ramai adalah tidak diluluskan JPJ Malaysia.
Agong tiba di Singapura bagi lawatan negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba di Singapura pada Isnin bagi mengadakan Lawatan Negara selama dua hari ke republik berkenaan.
Lawatan Negara itu adalah yang pertama sejak Seri Paduka Baginda menaiki takhta pada 31 Januari lalu dan ia merupakan jemputan Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.
Lawatan Negara itu adalah yang pertama sejak Seri Paduka Baginda menaiki takhta pada 31 Januari lalu dan ia merupakan jemputan Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.
Semua 31,600 jemaah haji Tabung Haji tahun ini akan masuki Raudah
Lembaga Tabung Haji (TH) memberi jaminan kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia tahun ini berpeluang memasuki Raudah, salah satu tempat suci yang menjadi rebutan untuk dikunjungi semasa berada di Masjid Nabawi di Madinah. Bagaimanapun ia tetap tertakluk kepada kelulusan daripada kerajaan Arab Saudi.
IRC 2024 tarik penyertaan 800 peserta tangani isu inovasi keselamatan digital
Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2024 yang julung kali diadakan di Kuala Lumpur telah berjaya menarik penyertaan lebih 800 peserta dari ASEAN, Korea, Australia dan United Kingdom dengan matlamat untuk menangani isu-isu penting berkaitan inovasi digital dan kawal selia.
Universiti perlu bentuk kelantangan mahasiwa
Orientasi sesebuah universiti perlu berubah bagi membentuk karakter mahasiswa yang lebih lantang bersuara.
Risiko rendah, perlu strategi capai matlamat
Ketua Penyelidikan dan Penasihat Kekayaan, Pengurus Portfolio, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan, berpendapat, kriteria ESG boleh disepadukan bersama strategi pelaburan lain seperti Smart Beta.
Rasionalisasi subsidi solusi terbaik elak risiko pelarasan gaji penjawat awam
Antara lain tambah Pakar Ekonomi, komunikasi yang efektif sangat penting dalam menangani risiko ini, terutama dalam konteks penyesuaian subsidi seperti subsidi minyak.
Olimpik Paris: Nur Aisyah berkampung di Belgium
Pelumba berbasikal lebuh raya wanita negara, Nur Aisyah Mohamad Zubir bakal berada di Belgium mulai 25 Mei ini menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.
PGA rampas 8,207 karton rokok seludup
Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM2,022,632.20.