awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar tiba di Ankara untuk lawatan rasmi tiga hari ke Turkiye
Salji tebal lumpuhkan Eropah: 6 maut, ratusan penerbangan dibatalkan
Jualan Rahmah MADANI lebih kerap mudahkan rakyat beli barangan keperluan asas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PGA rampas kayu balak, kayu siap diproses dianggar bernilai RM6.3 juta

Bernama
Bernama
21/11/2025
14:47 MYT
PGA rampas kayu balak, kayu siap diproses dianggar bernilai RM6.3 juta
Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas kayu balak dan kayu siap diproses dianggar bernilai RM6.3 juta dalam serbuan di sebuah kilang kayu di Gong Padang Setol dekat Pasir Puteh, semalam. - Foto Facebook Briged Tenggara PGA Rasmi
KOTA BHARU: Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas kayu balak dan kayu siap diproses dianggar bernilai RM6.3 juta dalam serbuan di sebuah kilang kayu di Gong Padang Setol dekat Pasir Puteh, semalam.
Komander Briged Tenggara PGA SAC Ahmad Radzi Hussain berkata serbuan pada 2 petang itu dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat berkaitan kegiatan memproses hasil hutan tanpa kebenaran.
Beliau berkata hasil serbuan, pihaknya menahan dua lelaki warga Indonesia yang berada di premis berkenaan.
"Hasil pemeriksaan, pemilik kilang iaitu lelaki tempatan berusia 53 tahun pula gagal menunjukkan sebarang pas memindah hasil hutan untuk memproses kayu di kilang terbabit.
Kesemua yang dirampas membabitkan 900 batang kayu bulat pelbagai saiz dan spesies, 16,700 batang kayu siap diproses serta beberapa peralatan memproses kayu.
Ahmad Radzi berkata kes disiasat di bawah Seksyen 3(2) Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1985 serta Seksyen 55E dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Batalion 8 PGA
#Pasukan Gerakan Am
#rampas kayu balak
#Gong Padang Setol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan