awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PGA rampas lebih 3,400 batang kayu pelbagai jenis di Pasir Mas

Bernama
Bernama
12/09/2025
14:30 MYT
PGA rampas lebih 3,400 batang kayu pelbagai jenis di Pasir Mas
Nik Ros Azhan berkata rampasan melibatkan 1,590 batang kayu bulat pelbagai saiz serta 1,900 batang kayu siap diproses dengan pemilik kilang itu gagal mengemas kini dokumen berkaitan pemindahan kayu. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 3,490 batang kayu pelbagai jenis dalam serbuan di sebuah kilang kayu di Kawasan Perindustrian Apam, Pasir Mas pada Rabu.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan melibatkan 1,590 batang kayu bulat pelbagai saiz serta 1,900 batang kayu siap diproses dengan pemilik kilang itu gagal mengemas kini dokumen berkaitan pemindahan kayu yang dibawa masuk ke dalam premis berkenaan.
"Selain itu, beberapa peralatan memproses kayu dan dua buah jentera berat turut disita. Nilai keseluruhan rampasan dianggar RM2.9 juta.
"Barang rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 69(1) Akta Perhutanan Negara 1984," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, beliau berkata anggota PGA turut merampas pelbagai produk kosmetik selepas menahan sebuah kenderaan di sekatan jalan raya Cabang Empat Salam, Rantau Panjang pada Selasa.
Nik Ros Azhan berkata hasil pemeriksaan menemukan pelbagai jenis produk kosmetik dari Thailand di bahagian belakang kenderaan terbabit, manakala pemandunya gagal mengemukakan sebarang dokumen sah berkaitan barangan itu.
"Pemandu, seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun yang dipercayai penghantar produk kosmetik berkenaan ke pasaran tempatan turut ditahan. Anggaran rampasan keseluruhan termasuk kenderaan bernilai RM259,000.
"Kesemua rampasan diserahkan kepada Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Kelantan untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pasukan Gerakan Am
#dokumen sah
#produk kosmetik
#pasaran tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan