awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PGA rampas rokok seludup, barang kawalan bernilai lebih RM100,000

Bernama
Bernama
24/07/2025
15:45 MYT
PGA rampas rokok seludup, barang kawalan bernilai lebih RM100,000
Nik Ros Azhan berkata serbuan yang dijalankan pada 11 malam itu dilakukan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan hasil risikan dan maklumat awam. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 61,620 batang rokok seludup dan sejumlah besar barang kawalan bersubsidi dalam serbuan di sebuah premis serta rumah di Kampung Kedai Buluh, di sini pada 21 Julai lepas.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata serbuan yang dijalankan pada 11 malam itu dilakukan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan hasil risikan dan maklumat awam.
Beliau berkata pemeriksaan ke atas premis dan rumah itu membawa kepada penemuan 61,620 batang rokok tidak bercukai, 1,088 kilogram (kg) minyak masak, 1,500 kg tepung gandum, 763 kg beras putih dan 400 kg beras pulut yang disyaki disimpan tanpa kebenaran sah.
"Penjaga premis, seorang lelaki berumur 27 tahun turut ditahan untuk siasatan lanjut manakala dokumen berkaitan barangan yang dikemukakan suspek juga didapati meragukan serta tidak mematuhi syarat lesen yang ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
"Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM155,000 dan kesemua barangan telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, Kawalselia Padi dan Beras Negeri Kelantan serta KPDN Kota Bharu untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Nik Ros Azhan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 135(e) Akta Kastam 1967, Seksyen 21 Akta Kawalselia Padi dan Beras Negara 1994 serta Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Kastam 1967
#kos sara hidup
#kpdn
#rokok seludup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan