awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PGA tumpas cubaan seludup pokok durian, laici dan longan bernilai RM1.12 juta

Bernama
Bernama
26/02/2025
01:15 MYT
PGA tumpas cubaan seludup pokok durian, laici dan longan bernilai RM1.12 juta
Anggaran nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM1.12 juta dan pemandu lelaki warga tempatan berusia 36 tahun yang dipercayai menjadi penghantar tanaman berkenaan ke pasaran tempatan turut ditahan.
KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan cubaan seludup 14,500 pokok durian jenis 'black thorn', laici serta longan selepas menahan sebuah lori di Kampung Parit Air, Rantau Panjang pada Isnin.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, rampasan itu membabitkan lebih 1,000 anak pokok durian 'black thorn', 8,000 pokok laici dan 5,500 pokok longan dipercayai diseludup dari Thailand.
"Rampasan tanaman yang disyaki mempunyai serangga perosak dan penyakit itu dilakukan sekitar 10.20 malam selepas anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan Op Taring Wawasan.
"Anggaran nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM1.12 juta dan pemandu lelaki warga tempatan berusia 36 tahun yang dipercayai menjadi penghantar tanaman berkenaan ke pasaran tempatan turut ditahan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, suspek dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#pokok durian seludup
#seludup laici
#Black Thorn
#Pasukan Gerakan Am
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan