awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PGA tumpas kegiatan pemerdagangan orang di Pasir Mas

Bernama
Bernama
22/01/2025
00:20 MYT
PGA tumpas kegiatan pemerdagangan orang di Pasir Mas
Kesemua warga asing ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63. - Gambar hiasan/BERNAMA
KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang selepas menahan enam warga asing disyaki dari Myanmar termasuk empat kanak-kanak di Kampung Chenerai Alor Pasir, Pasir Mas semalam.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata serbuan pada 5.30 pagi itu dijalankan atas maklumat yang diperoleh pasukannya menerusi Op Taring Wawasan.
"Hasil pemeriksaan di sebuah rumah PGA menjumpai dua lelaki dan empat wanita termasuk empat kanak-kanak disyaki warga Myanmar.
"Kesemua suspek gagal menunjukkan dokumen perjalanan masuk ke Malaysia yang sah dan disyaki diseludup masuk melalui jalan yang tidak diwartakan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihaknya turut menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 37 tahun yang juga pemilik rumah dan disyaki menjadi tekong untuk menyeludup masuk semua warga asing berkenaan ke negara ini.
"Kesemua warga asing ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 manakala tekong terbabit ditahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemerdagangan orang
#warga asing
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan