awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tular 'Yeye': Panglima Tentera Darat sah 15 pegawai dikesan terlibat
Peletakan jawatan Dr Akmal tak jejas akar umbi UMNO - Asyraf Wajdi
Agong terima menghadap Anwar, dipersembah taklimat isu semasa negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PGA tumpaskan sindiket pemerdagangan manusia, tahan PATI

Bernama
Bernama
17/01/2026
05:15 MYT
PGA tumpaskan sindiket pemerdagangan manusia, tahan PATI
Balveer Singh menunjukkan barang rampasan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu. - Gambar/ Astro AWANI
JITRA: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan sindiket pemerdagangan manusia yang didalangi tiga rakyat tempatan dan seorang warga Myanmar dalam dua operasi di sini serta Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang pada Rabu dan Khamis lepas.
Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta SAC Balveer Singh Mahindar Singh berkata dalam operasi itu, sebanyak 16 pendatang tanpa izin, dipercayai warga Myanmar, terdiri daripada sembilan lelaki dan tujuh wanita berumur antara 16 hingga 35 tahun turut ditahan.
Beliau berkata pada operasi pertama, pasukan polis melalui Cawangan Risik Ibu Pejabat Briged Utara PGA dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu melakukan serbuan di Plaza Tol Jitra arah selatan dekat sini kira-kira pukul 4 pagi, Rabu lepas.
"Dalam operasi itu, pihak polis berjaya menahan dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pemerdagangan orang dan penyeludupan migran dengan menggunakan dua kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kenderaan utiliti sukan (SUV).
"Pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan mendapati terdapat 16 pendatang tanpa izin dipercayai dari Myanmar dan kesemua suspek itu memasuki negara ini melalui jalan yang tidak diwartakan dari negara jiran," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Menurut beliau, dua lelaki warga tempatan berumur lingkungan 40-an dan seorang wanita berusia 16 tahun itu dipercayai bertindak sebagai transporter dengan menggunakan kenderaan yang disewa untuk membawa semua warga asing terbabit.
Dua daripada suspek warga tempatan itu katanya, mempunyai hubungan kekeluargaan, iaitu bapa dengan anak.
Balveer Singh berkata hasil soal siasat mendapati suspek dijanjikan upah untuk membawa semua warga asing berkenaan, dan tiga warga tempatan itu dipercayai telah menjalankan kegiatan berkenaan beberapa kali sejak lapan bulan lepas.
Beliau berkata susulan itu, pihaknya merampas kenderaan MPV dan SUV terbabit selain 18 unit pelbagai jenis telefon bimbit serta wang tunai Ringgit Malaysia dan barang kemas yang keseluruhannya bernilai lebih RM254,030.
"Semakan rekod mendapati dua daripada tiga suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah, bagaimanapun ujian air kencing terhadap mereka didapati negatif dadah dan bahan terlarang," katanya.
Balveer Singh berkata susulan tangkapan pertama itu, pihaknya kemudian menahan seorang lelaki warga Myanmar berumur lingkungan 30-an yang dipercayai berperanan sebagai ketua sindiket di Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang pada hari berikutnya.
Keempat-empat suspek katanya, ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 selama 28 hari hingga 11 Feb ini, manakala warga asing terlibat direman selama 14 hari mengikut Akta Imigresen 1959/63 hingga 28 Jan.
Beliau berkata kes diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kubang Pasu dan keempat-empat suspek disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, manakala tangkapan warga asing disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Sementara itu, Balveer Singh berkata sepanjang tahun lepas, sebanyak 14 kertas siasatan dibuka melibatkan tangkapan 17 lelaki dan seorang wanita di bawah ATIPSOM 2007 dengan nilai rampasan berjumlah RM631,380.
Katanya, di bawah Akta Imigresen 1959/63 pula, sebanyak 102 kes direkodkan melibatkan 500 tangkapan dengan nilai rampasan melebihi RM1.3 juta sepanjang tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PGA
#pati
#sindiket penyeludupan manusia
#Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan